Tidak Pernah Jemput PAS Sertai Pakatan Harapan, Kata Wan Azizah

AIDCNews – 11/5/16 – Pakatan Harapan (PH) tidak pernah menjemput PAS menyertai pakatan itu, kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebaliknya, tegas Wan Azizah jemputan hanya dibuat secara peribadi oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Bukan kami (PH) yang jemput. Menteri Besar (Selangor) yang jemput. Ia tidak pernah dibincang,” katanya semasa sesi sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di ibu pejabat PKR hari ini.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan tindakan Azmin itu tidak salah kerana memang ada kerjasama antara PKR dan PAS dalam kerajaan negeri Selangor.

Penjelaskan Wan Azizah itu menandakan kali kedua beliau menepis kenyataan timbalannya.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, bagi menjawab pertelingkahan antara PKR dan DAP mengenai pengagihan kerusi, Azmin mendakwa telah diberi mandat oleh Wan Azizah untuk mengizinkan Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak, Baru Bian menandatangani surat pertauliahan untuk calon-calon yang mahu bertanding.

Wan Azizah kemudiannya berkata dirinya tidak terbabit dalam rundingan kerusi antara PKR dan DAP.

PKR dan DAP bertembung di enam kerusi walaupun kedua parti merupakan komponen dalam Pakatan Harapan.

azmin-lge

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s