Amiruddin Hamzah Lepas Jawatan YDP PAS Kuala Kedah

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah.

Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, pihaknya telah mengambil maklum tentang perkara ini.

“PAS Kedah telah mengambil maklum tentang peletakan jawatan Datuk Amiruddin Hamzah sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah.

“Beliau kekal memegang jawatan Ketua Pembangkang DUN Kedah, Pengerusi Pembangunan Kompleks PAS Kedah dan beberapa entiti lain yang diberi tanggungjawab ke atasnya oleh Badan Perhubungan PAS negeri,” katanya dalam kenyataan, malam Rabu.

Katanya, pentadbiran PAS Kuala Kedah berjalan seperti biasa dengan tugas-tugas dilaksana oleh pemangku jawatan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan parti.

“Beliau (Amiruddin) kekal beristiqamah dan terus memberi khidmat kepada PAS,” katanya.

Beliau juga menyeru semua ahli PAS Kedah agar terus fokus terhadap kerja-kerja mendekati rakyat serta memperjuangkan hak-hak mereka dengan penuh dedikasi.

Sementara itu, dilaporkan bahawa surat peletakan jawatan itu telah diserahkan kepada setiausaha PAS kawasan pada 9 Mei lalu.

Amiruddin dilaporkan berkata, peletakan jawatan ini tidak ada kaitan dengan cadangan untuk melompat ke mana-mana parti politik dan beliau akan terus menjadi ahli PAS – Mstar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s