Gerakan Erdogen Adalah Sekular, Bukan Islamis

todayDr Muhammad Atiullah – ‘Erdogen bukanlah Islamis dan gerakannya bukanlah gerakan Islam’. Itulah kenyataan bekas Presiden Parti Refah Najmuddin Erbakan yang mengaitkan Erdogen dengan dua pengkhianatan iaitu pertama, perjanjian bersama tentera Turki menggugurkan seruan menjulang syariat Islam dan kedua, perjanjian bersama Israel dalam hubungan ekonomi dan antarabangsa.

Tapi, tidak ramai percaya kalam Erbakan kerana partinya telah ditundukkan tentera dan para pengikutnya dipenjarakan. Walaupun setelah seabad lamanya, orang lebih percayakan Erdogen berbanding Erbakan.

tukiSetelah nama Erbakan sudah tidak se’gah’ dahulu, timbul pula nama baru iaitu Ahmet Davutoglu. Beliau adalah ahli akademik yang diangkat oleh bekas presiden Turki iaitu Abdullah Gul.

Sejak dilantik menjadi penasihat Abdullah Gul, beliau banyak menumpukan kajian mengenai hubungan antarabangsa.

Sejak itu, nama Davutoglu diangkat. Namanya terus dijulang dengan penerbitan karya masyhurnya yang terjual lebih 100,000 naskhah berjudul ‘Strategic Depth’. Buku ini dijadi rujukan untuk membina hubungan antarabangsa Turki.

Saranan Davutoglu seperti ‘Zero Problem with Neighbours’, ‘Turkey is Center of Islamic Civilization’ dan seruan bersama Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Atlantik Utara (NATO), telah melonjakkan peranan Turki di arena antarabangsa.

Namun, bagi ‘seteru’nya di kalangan Sekularis dan Liberalis melabel Davutoglu sebagai Neo-Ottoman yang bercita-cita tinggi untuk membentuk emperial baru. Label sedemikian agak melampau.

Sebenarnya, Davutoglu mempunyai idea untuk mengangkat prinsip dan nilai Islam dalam pentadbiran Turki di bawah AKP.

Terbaru, Davutoglu cuba memanfaatkan sokongan parlimen bagi meluluskan rombakan perlembagaan agar mesra Islam dan mengurangkan pengamalan sekular.

Perbincangan ini pernah hangat dan tiba-tiba terhenti dengan perletakan jawatan Davutoglu sebagai perdana menteri Turki.

Perletakan jawatan Davutoglu adalah arahan dan amaran Erdogen yang memberi kata dua sama ada meninggalkan jawatannya dengan terhormat atau disingkirkan dengan penghinaan.

Akhirnya, Davutoglu tersungkur tanpa dipapah oleh rakan ahli parlimen partinya AKP yang berjumlah 50 perwakilan.

Davutoglu ditinggalkan tanpa tangisan kerana beliau adalah ahli akademik yang tiada sokongan akar umbi dari partinya AKP.

Dr Muhammad Atiullah,
Akademi al-Ghazali.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s