Kerajaan DAP Pulau Pinang Semakin Terperangkap Isu Terowong Dasar Laut

abdul rahman-lgeAIDCNews – 12/5/16 – Soalan-soalan Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkaitan dengan isu terowong dasar laut yang disifatkan sebagai memancing jawapan telah memerangkapnya Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Sebelum ini Abdul Rahman bertanya benarkah RM305 juta telah diperuntukkan untuk membuat kajian untuk projek berkenaan dalam bentuk kertas kerja.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Lim Hock Seng menjawab panjang lebar ‘macam menafikan’ tetapi pada akhir bersetuju dengan dakwaan Abdul Rahman itu bahawa kos itu adalah RM305 juta.

Selanjutnya, sila baca “Kos RM305 Juta Untuk Semua Urusan Projek Terowong Dasar Laut – Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Berasaskan jawapan Hock Seng itu, Abdul Rahman pada Selasa (10 Mei), tampil dengan tujuh soalan berikutnya.

Hari ini, Hock Seng sekali lagi mengesahkan kebenaran dakwaan Abdul Rahman berkenaan dakawan kerajaan negeri telah membenarkan konsesi tol selama 30 tahun kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG) apabila projek itu berjaya disiapkan pada 2025.

Hock Seng berkata ia merupakan satu kaedah untuk menampung kos pembinaan selain pemberian milik tanah seluas lebih kurang 44 hektar.

“Sekiranya konsesi tol selama 30 tahun itu tidak diberikan, pihak CZBUCG tidak akan dapat menampung kos pembinaan terowong berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jawapan Hock Seng itu bertentangan dengan kempen-kempen DAP kepada rakyat sebelum ini iaitu untuk menghapuskan tol.

Hock Seng juga tidak mahu menjawab soalan berkaitan syarikat CZBUCG yang dipertanggungjawab untuk projek berkenaan.

“Abdul Rahman tidak memahami penjelasan yang diberikan oleh kerajaan negeri dan sehubungan itu, kerajaan negeri ingin mempelawa beliau untuk datang sendiri melihat dokumen-dokumen yang berkaitan bagi memuaskan hati beliau,” katanya yang dilihat cuba menutup isu itu daripada lebih terdedah kepada umum.

Kenyataan Abdul Rahman pada 10 Mei berkaitan tujuh soalan itu adalah seperti berikut :

Saya sedia maklum bahawa YAB Ketua Menteri telah menolak untuk berhubung dengan saya secara terus dan bergantung kepada Exco YB Lim Hock Seng untuk menjawab soalan saya. Walau bagaimanapun, saya akan mengambil kira ianya adalah jawapan rasmi dari pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pertama, terima kasih kerana mengesahkan apa yang telah saya katakana – dimana jumlah keseluruhan bagi kajian kemungkinan, rekabentuk lengkap dan penilaian impak kepada alam sekitar adalah RM305 juta, dimana saya andaikan hampir keseluruhannya adalah kertas kerja.

Tidak ada langsung dalam sidang mahupun kenyataan media saya; yang boleh didapati di laman Facebook milik saya, kenyataan bahawa RM 305 juta digunakan hanya untuk kajian kemungkinan berkenaan. Oleh yang demikian, MalaysiaKini dan YB Lim Hock Seng sepatutnya lebih berhati-hati daripada membuat andaian bahawa angka yang telah saya nyatakan untuk kajian kemungkinan tersebut adalah salah.

Ia boleh menjadi tajuk berita yang hangat namun ia juga boleh menyebabkan terjadinya salah salah yang membawa berniat buruk.
————
Soalan 1:
Sekali lagi anda telah tersalah anggap terhadap saya. Saya tidak bertanya sama ada KESEMUA RM6.34 bilion bagi projek berkenaan dianugerahkan berdasarkan tender terbuka tetapi saya mengatakan secara terperinci jika kos tiga kajian yang bernilai RM305 juta tersebut dianugerahkan secara tender terbuka

Kita semua sedia maklum bahawa kesemua projek tersebut telah dianugerahkan kepada Consortium Zenith-BUCG Sdn Bhd (CZBUCG).

Namun, kenyataan Bursa Malaysia mengenai Astral Supreme Bhd yang bertarikh 15 Ogos 2013 mengatakan bahawa kajian kemungkinan dan reka bentuk terperinci yang menelan belanja RM270 juta telah dianugerahkan oleh CZBUCG kepada usahasama antara pemegang saham terbesarnya, Zenith Construction bersama syarikat Astral Supreme Bnd.

Lebih menarik lagi, seorang individu yang terlibat itu bukan sahaja Direktor dan pemegang saham Astral Supreme Bhd malah beliau juga pemegang saham terbesar Wira Syukur (M) Sdn. Bhd, dimana syarikat berkenaa merupakan pemegang saham terbesar Zenith Construction Sdn. Bhd.

Satu tahun kemudian, Astral Supreme ditamatkan perkhidmatannya dan alas an yang diberi ialah Astral “tidak mampu mencari konsultan yang berupaya untuk melaksanakan projek”.

Dari kenyataan Bursa ini mencadangkan bahawa CZBUCG sebenarnya menganugerahkan majoriti dari RM305 juta untuk kajian kepada pemegang-pemegang sahamnya dan hakikat bahawa Kerajaan Pulau Pinang mengelak daripada soalan saya sama ada kajian-kajian tersebut telah ditenderkan, adakah adil untuk menyatakan jawapan bagi persoalan itu adalah tidak?

Pihak kerajaan Pulau Pinang juga seakan-akan tidak mengendahkan kebimbangan saya mengenai penganugerahan kepada syarikat yang sama untuk bertanggungjawab keatas kajian yang menentukan sama ada projek mereka sendiri boleh menangani sebarang kemungkinan serta mesra alam sekitar atau tidak. Adakah ini mempunyai sebarang konflik mahupun konflik kepentingan?
———–

Soalan 2

Saya sedia maklum akan kenyataan Kerajaan Pulau Pinang bahawa ketiga-tiga kos untuk kajian berkenaan ialah 5.54% dari keseluruhan kos pembinaan.

Namun, soalan saya ialah mengapa kos kajian kemungkinan bagi tiga jalan raya yang berhubung boleh berjumlah RM31 juta sedangkan terowong bawah laut yang lebih kompleks dan berisiko hanya RM20 juta?

Jumlah kos sebanyak RM51 juta untuk kajian kemungkinan sahaja dan RM305 juta untuk keseluruhan tiga kajian tersebut masih boleh dianggap satu angka yang besar untuk melakukan sesuatu kajian dan saya sedia maklum bahawa kerajaan Pulau Pinang tidak menyatakan untuk bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya yang menawarkan bantuan bagi mengurangkan kos mereka dan memastikan projek tersebut berjalan seiring dengan masa yang diperuntukkan dimana saya sendiri mengesyorkan kepada kerajaan Pulau Pinang untuk mempertimbangkannya.

Kerajaan Pulau Pinang juga membetulkan kenyataan saya dengan mengatakan jumlah keseluruhan yang dibayar setakat tarikh ini ialah RM133 juta dan bukannya RM139 juta. Namun, jumlah yang sebetulnya berjumlah RM138,971,572.61 yang dipetik dari kenyataan saya telah diserahkan oleh wakil PKR Pulau Pinang, YB Cheah Kah Peng menyatakan angka berkenaan adalah seperti yang tertulis dalam laporan PAC yang diserahkan kepada beliau dan 5 ADUN mendapati bahawa agak sukar untuk mewajarkan kos yang tinggi tersebut.

Oleh yang demikian, kerajaan Pulau Pinang telah membuat kesalahan – sama ada di dalam laporan PAC mahupun penjelasan mereka. Atau mungkinkah YB Cheah memetik jumlah yang salah?
—-

Soalan 3:

Terima kasih kerana mengesahkan bahawa RM133 juta telah pun dibayar walaupun semua kajian masih belum selesai dan pembayaran dibuat mengikut kemajuan proses kajian tersebut.
Saya maklum bahawa kerajaan Pulau Pinang telah membiaya proses kerja yang dilakukan oleh CZBUCG berkenaan projek ini, di mana saya akan bangkitkan semula di soalan 7.
—–

Soalan 4:

Sekali lagi saya berterima kasih kepada kerajaan Pulau Pinang kerana mengesahkan bahawa walaupun kajian kemungkinan ini mendapati projek berkenaan tidak sesuai untuk dilaksanakan, tiada sebarang bayaran akan dibayar semula kepada kerajaan negeri.

Soalan 5:

Kerajaan Pulau Pinang mengatakan tidak terdapat sebarang kelewatan pada projek ini walaupun mereka mengaku bahawa kajian yang dijalankan belum selesai sepenuhnya untuk 3 tahun akan datang, walaupun pihak konsortium mengumumkan kajian tersebut akan selesai menjelang April 2014, walaupun hakikatnya salah satu daripada pihak yang dianugerahkan untuk melakukan kajian kemungkinan dan kajian reka bentuk telah ditamatkan perkhidmatan selepas satu tahun atas alasan kekangan konsultan walaupun kerja-kerja pembinaan masih belum dimulakan.

Saya akan menerima apa yang diperkatakan oleh kerajaan Pulau Pinang terhadap jadual projek ini memandangkan ia sangat dirahsiakan – sama seperti fasiliti kesihatan perlancongan Taman Manggis yang masih lagi kekal sebagai tanah kosong selepas enam tahun.
Bolehkan kerajaan Pulau Pinang berkongsi mengenai jadual projek yang asal sehingga ke hari ini?
—-

Soalan 6:

Walaupun ia mampu untuk membiayai sepenuhnya kos pembinaan sebanyak RM6.34 bilion, kerajaan Pulau Pinang menyatakan pihak CZBUCG tidak mampu untuk menanggung kos penyelenggaraan Terowong Pulau Pinang dan kerana itulah mereka dibenarkan untuk mengutip bayaran tol selama 30 tahun.

Apa yang lebih membimbangkan ialah kerajaan negeri menyatakan bayaran tol ditetapkan sama dengan kadar bayaran di jambatan kedua Pulau Pinang dengan alasan kerajaan negeri tidak mahu pihak operasi jambatan kedua menanggung kerugian.

Alasan berkenaan tidak dapat diterima atas tiga sebab:

1)Kadar tol di jambatan kedua adalah tetap berdasarkan pihak operasi yang akan mengutip bayaran tol untuk kos penyelenggaraan jambatan dan bagi mendapatkan balik kos pembinaan jambatan.
Namun, pihak operasi Terowong Pulau Pinang tetap akan mengenakan kadar tol yang sama walaupun tidak perlu mendapatkan kos pembinaan semula memandangkan kerajaan negeri telah membiayai kos keseluruhan projek tersebut.

Adakah kerajaan negeri nampak akan perbezaan yang ketara itu?

2) Untuk mengatakan bahawa kerajaan negeri mengenakan kadar tol kerana tidak mahu pihak operasi jambatan kedua menanggung kerugian samalah seperti hospital awam yang dimiliki kerajaan mengenakan kadar yang sama dengan yang dikenakan oleh hospital swasta kerana tidak mahu hospital sawsta menanggung kerugian. Adakah alasan ini boleh diterima sama sekali?

Mengenakan kadar tol adalah bertentangan dengan manifesto Pakatan. Sekarang apabila kerajaan DAP mengesahkan konsensi selama 30 tahun, adakah DAP bersedia untuk mengaku bahawa mereka tidak lagi menolak pengutipan kadar tol?
—-

Soalan 7:

Kerajaan Pulau Pinang mengatakan nilai tanah sebesar 110 ekar yang dikenal pasti sebagai bayaran kepada CZBUCG untuk projek berkenaan pada tahun 2014 ialah RM475 per kaki persegi sahaja.

Namun, berdasarkan tiga perjanjian yang telah ditandatangani oleh Ewein Bhd untuk membeli 60 ekar daripada tanah berkenaan dengan harga RM3.14 bilion mendedahkan sebaliknya.

Pengumuman yang dibuat oleh Bursa pada 12 Jun 2014 menunjukkan perjanjian pertama yang ditandatangani mempunyai laporan penilaian bertarikh 31 Disember 2013 yang menyatakan nilai tanag berkenaan ialah RM840 per kaki persegi.

http://www.bursamalaysia.com/…/company-announcements/4383585
Pengumumkan kedua bertarikh 28 Disember 2015 menunjukkan nilai tanah pada RM840 per kaki persegi.

http://www.bursamalaysia.com/…/company-announcements/4960089
Manakala pengumuman ketiga oleh Bursa untuk pembelian 50 ekar daripada tanah berkenaan pada harga RM2.831 bilion dari CZBUCG yang bertarikh 15 Januari 2016 menunjukkan nilai tanah sebanyak RM1,300 per kaki persegi.

http://www.bursamalaysia.com/…/company-announcements/4976409
Oleh yang demikian, penilaian terhadap 110 ekar tanah apa harga RM475 per kaki persegi pada tahun 2014 yang diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dalam penjelasan mereka jauh lebih rendah daripada harga pasaran seperti yang dipetik dari tiga perjanjian oleh Ewein Bhd.

Tambahan pula, kerajaan negeri Pulau Piang dan CZBUCG telah menyatakan bahawa jumlah keseleuruhan kos untuk projek berkenaan tidak sampai kepada RM20 bilion apabila siap pada tahan 2025 tetapi tidak juga memberikan anggaran kos yang sebenar.

Apabila sukar untuk mendapatkan jawapan dari mereka, mungkin lebih senang untuk menyoal sebegini:

Jika harga tanah sebesar 110 ekar tersebut adalah di antara RM845 hinggan RM1,300 per kaki persegi pada hari ini, yang memberi permandangan indah pinggir laut utama di Pulau Pinang, agak-agaknya berapakah nilai tanah ini menjelang tahun 2025 nanti?

Itu akan memberi kita idea akan kos yang sebenar-benarnya bagi projek ini.

Kerajaan Pulau Pinang juga ada mengatakan CZBUCG harus menanggung kos pelbagai kajian dan kos pembinaan terlebih dahulu. Ini menunjukkan bahawa persetujuan untuk pembayaran berdasarkan nilai aset sebagai tanah bernilai.

Namun, berdasarkan jawapan di soalan 3 tadi, adalah adil untuk mengatakan bahawa CZBUCG telah diberi pampasan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan, dan berdasarkan kepada tiga perjanjian berkenaan, boleh pihak anda mengesahkan jika CZBUCG telah menjual tanah itu kepada Ewein Bhd bagi beberapa bayaran pendahuluan?

Ini adalah beberapa soalan yang ramai penduduk di Pulau Pinang dan pihak NGO sering kali tanyakan berkenaan projek berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan saya percaya bahawa menjadi harapan orang ramai agar soalan-soalan ini diberi perhatian yang sewajarnya.

Saya sangat berharap agar pihak kerajaan Pulau Pinang dan YAB Ketua Menteri dapat memberi jawapan kepada kenyataan media ini.

Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Komunikasi Strategik BN
10 Mei 2016

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s