Ronnie Liu Gesa PAN Bertanding PRK Parlimen Sungai Besar

ronieAIDCNews – 12/5/16 – Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew menggesa rakan sekutunya daripada Parti Amanah Negara (PAN) meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Ronnie Liu berkata pencalonan PAN di parlimen itu sangat penting untuk menguji pendirian sebenar Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, selain ujian kekuatan sebenar PAS tanpa bantuan DAP dan PKR.

“Amanah kena berani lawan UMNO. PAS nak lawan pun kena hadapilah 3 penjuru. Tak boleh elak tu. Kalah pun tak apa. Mana tahu boleh menang jugak.

“Ujilah kekuatan Amanah dan rakan-rakan termasuk DAP dan PKR . Juga ujilah kekuatan PAS tanpa kawan-kawan lama.

“Lihatlah Azmin nak sokong PAS ataupun Amanah. DAP tentu sekali sokong Amanah,”katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau membuat kenyataan itu selepas Pakatan Harapan mengadakan mesyuarat di ibu pejabat PKR bagi membincangkan dua PKR itu semalam.

Ronnie Liu juga turut meletakkan ancaman kepada PAN sekiranya parti itu tidak bertanding dalam PKR Sungai Besar itu.

“Kalau Amanah tak lawan…Disastrous (bencana) untuk Amanah.

“Orang umum akan percaya: Amanah adalah sangat lemah dan pengecut atau takut kalah dan tak berani.

“Penyokong Amanah akan hilang yakin dengan parti baru ini. Yang dikatakan ada 150, 000 anggota.

“Nak letak maruah parti baru ini di mana?,” soalnya.

ronie liu

ronie liu1

ronie liu2

One thought on “Ronnie Liu Gesa PAN Bertanding PRK Parlimen Sungai Besar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s