Undi PAS Besar Di Sungai Besar & Kuala Kangsar Disebabkan PR- Wan Azizah

AIDCNews – 12/5/16 –Undi besar calon PAS di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) bukan disebabkan kekuatan Parti Islam itu tetapi disebabkan Pakatan Rakyat (PR), kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Kita ambil senerio masa dulunya (PRU 13) kedua-dua kerusi itu ditandingi oleh PAS.

“Ini adalah satu fakta apabila mereka dalam Pakatan Rakyat dulu…. di Sungai Besar, majoriti BN pada masa itu (PRU 13) adalah tipis…”kata Wan Azizah ketika ditemuai wartawan selepas mesyuarat Pakatan Harapan semalam.

Wan Azizah yang juga jurucakap Pakatan Harapan berkata gabungan parti PKR, DAP dan PAN ada juga pertimbangan sendiri apabila PAS menyuarakan hasrat untuk bertanding di kedua-dua kerusi, Sungai Besar dan Kuala Kangsar dalam pilihan raya kecil itu.

“Jadi mereka (PAS) dah keluar kenyataan mereka akan bertanding.

“Kami (Pakatan Harapan) ada juga pertimbangan-pertimbangan kami sendiri dalam Pakatan Harapan, jadi kita akan berbincang supaya kita buat sesuatu supaya rakyat dapat tebus benefit..”katanya.

Ketika ditanya adakah sudah ada usaha perbincangan dengan PAS, Wan Azizah menjawab usaha itu dilakukan secara tidak formal melalui Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Kerajaan Selangor..ada PAS (dalam kerajaan negeri)..jadi dah bermula melalui cakap-cakap biasa melalui informal,”katanya.

One thought on “Undi PAS Besar Di Sungai Besar & Kuala Kangsar Disebabkan PR- Wan Azizah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s