DAP Akan Hanya Sokong Calon Pakatan Harapan – Guan Eng

GEORGE TOWN- DAP akan hanya menyokong calon Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata oleh kerana PAS bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan, maka ia bukan sekutunya dan oleh itu ia tidak akan menyokong parti itu.

Bagaimanapun, menurut beliau, perbincangan akan diadakan dengan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu mengenai pilihan raya kecil itu.

“Kami akan sokong sekutu kami dan satu perbincangan akan diadakan tidak lama lagi dengan pemimpin parti masing-masing,” katanya kepada pemberita pada persidangan dewan undangan negeri di sini hari ini.

Lim, bagaimanapun enggan mengulas tentang jemputan Azmin kepada PAS supaya kembali menyertai gabungan itu berikutan kekalahan teruk pembangkang kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak 7 Mei lepas.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN), yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, dan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Anggota Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon (BN) dalam nahas helikopter pada 5 Mei di Sebuyau, Sarawak.

Turut terkorban dalam nahas itu ialah suami Noriah, Asmuni Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai; pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang pesawat berkenaan, Rudolf Rex Ragas, warganegara Filipina.

Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pengundi berdaftar, manakala Sungai Besar 42,655.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, Wan Muhammad Khair-il mengalahkan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas) dengan majority 1,082 undi, manakala Noriah mengekalkan kerusinya setelah mengalahkan calon PAS Mohamed Saleh M Hussain dengan 399 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Jun sebagai tarikh pengundian bagi kedua-dua kerusi itu dengan tempoh berkempen selama dua minggu.

Kedua-dua kerusi itu dijangka menyaksikan pertandingan pelbagai penjuru apabila PAS mengumumkan ia akan bertanding kerana kerusi itu diperuntukkan kepada calonnya pada pilihan raya sebelum ini – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s