Mat Sabu Tepuk Meja, Bila PKR Mahu Bertanding di Sungai Besar ?

AIDCNews – 13/5/16 –Presiden PAN, Mohamad Sabu dikatakan telah menepuk meja apabila kumpulan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menuntut kerusi Parlimen Sungai Besar ditandingi oleh calon PKR.

Tuntutan itu dikemukakan oleh dua orang Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mat Akin yang dikenal pasti dari kem Azmin atau digelar sebagai kumpulan boboi.

“Kalau nak perbodohkan orang pun, agak-agaklah……. bukan semua orang lain bodoh macam Tian Chua dan Shamsul Iskandar.

“Ada ke patut, dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di depan Mat Sabu dan Lim Guan Eng, Boboi cadangkan supaya PAS bertanding di Kuala Kangsar dan PKR bertanding di Sungai Besar….!

“Sekali Abang Mat hentak meja, tahu pun Boboi terkial-kial macam tikus masuk perangkap, muka pucat lesi.

“Kalau aku jadi Abang Mat, aku pergi tonyoh je kepala Boboi tu ke bucu meja,” dedah facebooker pro PAN, Abe Awang Malaya.

Kejadian itu didakwa berlaku semasa mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di ibu pejabat PKR pada Rabu.

Mengulas isu sama, blogger Omak Kau tidak menolak kebenaran maklumat yang didedahkan oleh facebooker pro PAN itu, namun dia berpendapat ini merupakan taktik Azmin menggunakan kouta PKR untuk calon PAS.

“Siapa boleh berikan pengesahan dan penjernihan info mengenai PRK Sungai Besar bahawa PKR sanggup beri laluan kepada PAS bertanding dengan syarat guna pakai logo PKR.

“Calonnya PAS tapi guna logo PKR.

“PAS dengan tegas menolak cadangan tersebut … sebagai parti ada integriti, maruah dan harga diri PAS tetap maukan calonnya bertanding di Sungai Besar dengan menggunakan logo PAS juga.

“Tiada kompromi dan tiada boleh dijual beli,’katanya.

lebai

Advertisements

2 thoughts on “Mat Sabu Tepuk Meja, Bila PKR Mahu Bertanding di Sungai Besar ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s