Pemuda Nasional PAN Tibai Azmin Ali ?

sany hamzanAIDCNews – 13/5/16 –Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Sany Hamzan dilihat mengkritik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Menyifatkan mesyuarat Pakatan Harapan di antara DAP, PKR dan PAN berkaitan PRK itu merupakan detik paling kritikal, Sany turut membangkitkan semula isu pertembungan DAP dan PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini.

“Rakyat tidak bodoh. Sukar untuk mereka menerima pemimpin yang telah mengecewakan majoriti rakyat dengan tindakan melulu membenarkan pertandingan sesama Pakatan Harapan dalam PRN Sarawak yang lalu, kini ‘berlakon suci’ pula kononnya mahu mengelakkan pertandingan 3 penjuru dengan PAS / Blok Ketiga.

“Apakah mesej politik yang mahu dihantar pemimpin ini sebenarnya? Terus mahu mengucar-kacirkan Pakatan Harapan atau apa?,” soalnya dalam satu kenyataan tanpa menamakan pemimpin Pakatan Harapan tersebut.

hani2
hani

Pada PRN Sarawak lalu, DAP menyalahkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang telah memberikan kuasa kepada Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian menandatangani surat kebenaran kepada calon-calon PKR bertanding di lima kerusi yang menjadi perbalahan di antara kedua-dua parti itu.

DAP menyifatkan PKR ‘tidak berpegang dengan perjanjian’,lantas Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen telah meletakkan calon partinya, Abdul Aziz Isa bertanding di DUN Batu Kitang melawan calon PKR, Voon Shiak Ni menjadikan keseluruhan pertembungan DAP dan PKR berjumlah enam kerusi.

Dalam kes PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Sany menegaskan kerusi itu sepatutnya diserahkan kepada calon PAN.

“P.093 (Parlimen Sungai Besar) dan P.067 (Parlimen Kuala Kangsar) merupakan kawasan strategik bagi AMANAH sebagai parti Islam dalam Pakatan Harapan.

“Komposisi campuran penduduk dengan majoriti Melayu Islam sememangnya menjadi gelanggang ideal buat AMANAH meluaskan pengaruh Pakatan Harapan di kedua-dua parlimen tersebut.

“Meyakini bahawa YAB Dato’ Seri Azmin Ali selaku Dato’ Menteri Besar Selangor dengan jiwa besar beliau sedia membantu AMANAH untuk menang di P.093 (Parlimen Sungai Besar).

“Beberapa pimpinan KEADILAN telah pun turun bermesyuarat dengan jentera tempatan dan kita percaya KEADILAN akan menggerakkan jentera untuk membantu AMANAH di kawasan tersebut,”katanya.

Mat Sabu Tepuk Meja, Bila PKR Mahu Bertanding di Sungai Besar ?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s