PRK Sungai Besar & Kuala Kangsar : Retak Pakatan Harapan Menanti Belah…

KUALA LUMPUR: Belum pun kering tanah pusara pertelingkahan sesama komponen Pakatan Harapan di Sarawak, pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar nampaknya sekali lagi akan membongkar pakatan itu.

Sumber yang rapat dengan PKR mendedahkan kumpulan tertentu dalam parti itu, yang dikatakan dipimpin oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kini dalam rundingan dengan PAS membincangkan kerusi antara dua parti itu.

“Aturannya adalah PKR akan bertanding di Sungai Besar manakala PAS boleh bertanding di Kuala Kangsar tanpa campurtangan daripada parti-parti Pakatan Harapan yang lain,” kata sumber yang tidak mahu dinamakan itu.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, pertelagahan antara PKR dan DAP membawa kepada pertembungan di enam kerusi.

Kedua parti gagal temui kata sepakat dan menurunkan calon di Mambong, Batu Kitang, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mulu. BN menang di keenam-enam kerusi ini.

Kembali ke persoalan pilihan raya kecil di Semenanjung, FMT difahamkan Presiden AMANAH, Mohamaad Sabu dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berasa terkilan dengan perkembangan ini kerana AMANAH mahu bertanding di salah satu kerusi itu.

Sumber memberitahu PKR akan cuba menyelesaikan masalah berbangkit secara dalaman dengan memastikan calon-calon yang bakal diturunkan dipersetujui dan disokong oleh semua komponen PH.

Sementara itu, sumber yang rapat kepada PH mendakwa dua pimpinan pusat PKR – seorang daripada sayap wanita dan seorang daripada sayap pemuda – kini terbabit dalam rundingan kerusi dengan PAS.

“Dua pemimpin itu telah mengadakan mesyuarat dengan PAS mengenai Sungai Besar semalam,” menurut sumber itu.

FMT juga difahamkan bahawa calon-calon yang dikenalpasti oleh kumpulan Azmin itu adalah Naib Presiden PKR, Shaharuddin Baharuddin atau bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Meskipun komen daripada dua nama yang disebutkan itu belum dapat diperoleh, Muhammad, yang menyertai PKR tahun lepas selepas meninggalkan PAS berkata dua kerusi itu patut ditandingi oleh parti Islam itu.

“Bertanding untuk tewas bukanlah pilihan bijak dan kini adalah masa untuk konsolidasi.,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Azmin, ketika ditemui pemberita di Sungai Besar hari ini, enggan mengulas samada PKR akan bertanding atau tidak di Parlimen itu.

“Calon belum ditentukan, masih dalam perbincangan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran kepada PH supaya jangan menyertai pilihan raya kecil ini jika mereka mahu menewaskan BN kerana Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan kerusi tradisi parti Islam itu.

Kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong selepas Ahli Parlimen Noriah Kasnon dan Wan Mohammad Khair-il Anuar maut dalam kemalangan helikopter minggu lepas semasa kempen pilihan raya negeri Sarawak –FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s