ADUN DAP Teluk Datuk Selangor Dipecat Parti

Loh Chee Heng
Loh Chee Heng
AIDCNews – 14/5/16 –Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Datok, Selangor, Loh Chee Heng dipecat keahlian parti kerana didakwa menyalahgunakan dana negeri yang diperuntukkan untuk kawasannya.

Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai berkata parti itu menerima aduan bertulis berhubung salah laku Loh yang didakwa menggunakan dana kerajaan negeri pada Mac dan meminta jawatankuasa DAP Selangor untuk menjalankan siasatan dalaman.

Tan berkata jawatankuasa DAP Selangor mendapati bahawa terdapat bukti salah laku di pihak Loh.

“Berikutan pendengaran tatatertib pada Sabtu, di mana Loh diberi peluang untuk menjelaskan perkara itu, jawatankuasa disiplin DAP menyimpulkan bahawa terdapat salah laku serius dilakukan Loh dan telah sebulat suara memutuskan untuk menamatkan keahliannya berkuatkuasa serta merta,” kata Tan dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam responnya, Loh berkata setakat ini beliau masih beliau menerima sebarang notis rasmi mengenai pemecatan daripada parti.

“Saya tidak boleh berkata apa-apa kerana saya hanya mendengar dari wartawan yang telah memanggil saya. Saya hanya akan mengulas mengenainya sekali saya menerimanya (notis penamatan) dari ibu pejabat parti “katanya ketika dihubungi The Star.

Mengenai sama ada Loh akan merayu di atas pemecatan itu, katanya beliau masih belum berfikir berkenaannya lagi.

“Sebaik sahaja saya menerima sesuatu dari ibu pejabat parti, baru saya akan berfikir mengenai langkah seterusnya,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), Kedudukan ADUN DAP dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor adalah berjumlah 15 ADUN, namun dengan pemecatan Loh itu, kini kedudukan DAP berkurangan menjadi 14 ADUN.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s