Isham Takut Dipenjara Sebab Anjing Kesayangan

ishamAIDCNews – 14/5/16 –Bekas Pengerusi bersama BERSIH 2.0, Hishamuddin Rais atau dikenali Isham takut dipenjarakan kerana bakal kehilangan dua ekor anjing kesayangannya yang diberi nama ‘Ezi’ dan ‘Jai’.

“Biasanya saya akan maklumkan pada mereka sama ada dalam bahasa Inggeris atau Melayu dan ketika ketiadaan saya, akan ada kawan yang akan jaga Ezi dan Jai.

“Tapi untuk kali ini saya masih belum memberitahu mereka semua mengenai keputusan mahkamah rayuan tu. Tapi sekarang dalam wawancara ini mereka dah dengar mengenai perkara ini,” katanya sambil mengusap kepala Ezi.

Keputusan Mahkamah Rayuan akan didengar pada 16 Mei ini berkaitan dengan kes menghasut.

Pada 15 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan dalam kes hasutan terhadap Isham.

Hakim Nordin berkata ucapan Hishamuddin menggesa orang ramai turun ke jalanan untuk menolak keputusan pilihan raya, adalah jenayah yang “sangat serius”.

Oleh itu, beliau membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk menambah hukuman ke atas Hishamuddin.

Beliau membenarkan penangguhan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan dan mengenakan ikat jamin RM6,000.

Nordin berkata Mahkhamah Seksyen dalam keputusannya sebelum ini menyatakan tindakan tertuduh yang menghasut orang ramai turun ke jalanan adalah suatu kesalahan yang sangat serius, malah akan mengakibatkan negara kacau-bilau seperti keadaan Arab Spring di Timur Tengah.

Namun, katanya hukuman denda RM5,000 tidak setimpal dengan keseriusan yang dinyatakan oleh Mahkamah Sesyen sendiri.

“Hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkhamah Sesyen bertentangan dengan keseriusan yang dinyatakan olehnya dan tidak dapat memberi pengajaran kepada tertuduh atau orang lain untuk lakukan kesalahan yang sama.

“Maka hukuman RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen diketepikan dan digantikan dengan penjara sembilan bulan dari tarikh hari ini, denda bayaran RM5,000 akan dipulangkan kepada tertuduh,” kata Nordin semasa membaca keputusannya.

Katanya juga kepentingan awam perlu diambil kira dalam kes ini berbanding kepentingan peribadi Hishamuddin seperti usianya.

“Tertuduh ada hak berucap di bawah perlembagaan, namun tidak boleh jadikan ini asas untuk melanggar mana-mana undang-undang negara,” kata Nordin lagi.

Lesbian Irshad Manji Kahwini Laura Albano

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s