PAS Selangor Tidak Sertai Program Bersama Tun Dr Mahathir Malam Ini

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor di dalam mesyuaratnya yang diadakan pada 10hb Mei telah bersetuju sebulat suara bahawa PAS Selangor tidak akan bersama di dalam program yang melibatkan Tun Dr Mahathir di Stadium Malawati pada 14hb Mei ini.

Sehubungan itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor juga memutuskan agar Pesuruhjaya PAS Selangor tidak dibenarkan hadir dan ahli tidak dikerah ke program tersebut.

PAS Selangor mengingatkan rakyat bahawa kebejatan dan kemudharatan yang berlaku pada hari ini terjadi kerana pemusatan kuasa kepada Perdana Menteri, hasil warisan daripada pentadbiran Tun Dr Mahathir.

Selain itu, PAS Selangor mengingatkan juga bahawa agenda Tun Dr Mahathir adalah menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya pemulihan keseluruhan sistem dan keadaan negara.

Tun Dr Mahathir, melalui kenyataan-kenyataannya, telah menegaskan bahawa beliau mahu UMNO kekal berkuasa.

PAS Selangor percaya bahawa rakyat Malaysia prihatin dan faham akan keadaan negara.

PAS Selangor juga yakin bahawa Malaysia dapat diselamatkan tanpa Tun Dr Mahathir.

Infiruu!

Bakti Untuk Semua

Mohd Prasad bin Hanif
Ketua Penerangan
PAS Selangor

mahfuz
mah1

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s