PRK : Mat Sabu & Kit Siang Tolak Gesaan PAS

kit-mat.jpgAIDCNews – 14/5/16 –Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang menolak gesaan PAS agar Pakatan Harapan (PH) tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Sebaliknya, Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata PH akan meletakkan calon di kedua-dua kerusi PRK itu.

“PAN tidak akan memberi laluan kepada PAS. Siapa PAS… dia bukan sekutu kita,” katanya ketika ditemui pada majlis makan malam Selamatkan Malaysia anjuran PAN Pasir Puteh, Kelantan pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta agar parti pembangkang dalam PH memberi laluan kepada PAS pada kedua-dua PRK yang akan diadakan 18 Jun ini.

Kit Siang yang turut hadir dalam program PAN Pasir Puteh itu berkata pembangkang akan menawan kedua-dua kerusi parlimen itu dengan syarat yang bertanding bukan calon dari PAS.

“Situasi politik negara memang tidak memihak kepada kerajaan pimpinan Najib tetapi kalau PAS jadi calon sudah pasti akan kalah,” kata Kit Siang dalam program PAN tersebut.

Dalam pilihanraya lalu katanya, PAS hampir menang di kedua-dua kerusi kerana sokongan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan kumpulan-kumpulan anti establisment.

“Sekarang parti-parti Pakatan Harapan (PH) tidak akan bersama PAS, malah sebahagian orang PAS sendiri kini bersama Amanah,” katanya.

Kit Siang juga optimis kedua-dua kerusi itu bakal ditandingi calon PAN.

“Kalau Amanah bertanding di PRK ini semua parti-parti dalam PH akan sama-sama kerja keras untuk pastikan kemenangan,” katanya.

Mat Sabu dalam ucapannya turut senada dengan pendapat Kit Siang.

“Kalau tanya saya Sungai Besar Amanah wajar, Kuala Kangsar Amanah sesuai untuk bertanding,” katanya disambut laungan takbir dan tepukan gemuruh lebih 1 000 tetamu di sebuah resort di Tok Bali.

Walau bagimanapun, Mat Sabu berkata keputusan rasmi akan diketahui selepas keputusan muktamad yang diputuskan melalui mesyuarat majlis presiden PH.

pan-perak
Pakatan Harapan Perak bermesyuarat berkaitan dengan PRK Kuala Kangsar
Sementara itu, PH peringkat negeri Perak turut mengadakan mesyuarat hari ini memutuskan gabungan tiga parti, PAN, DAP dan PKR bersedia membahagikan kerusi dengan PAS dalam PRK tersebut.

Ketua PH Perak, Dato Seri Ir Mohd Nizar bin Jamaluddin berkata PH akan bertanding satu kerusi sahaja dan memberi peluang kepada PAS utk bertanding dikerusi yang lain.

“Pakatan Harapan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan satu lawan satu dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar demi memastikan kemenangan untuk rakyat,” kata Nizar yang juga merupakan Timbalan Pengerusi PAN Perak.

Nizar yang dilihat lebih cenderung memilih Kuala Kangsar berkata beliau sendiri akan mengetuai jawatankuasa kerja PRK parlimen itu.

“Apa pun, mesyuarat Pakatan Harapan nasional pagi esok akan membuat pertimbangan secara mendalam,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s