Bertanding PRK, Hadi Ingatkan Supaya ‘Ukur Baju Di Badan Sendiri’

hadiKOTA BHARU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi peringatan kepada parti lain yang mahu meletakkan calon di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar agar mengukur baju di badan sendiri.

Abdul Hadi berkata, Pas mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di dua kawasan itu dan akan meletakkan calon di kedua-dua kerusi tersebut.

Sepatutnya semua pihak yang mahu perubahan di negara ini menghormati kedudukan Pas. Jangan nak berebut.

“Pas berpijak di bumi nyata di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Sepatutnya mereka (parti yang mahu bertanding) mengukur baju di badan sendiri,” katanya kepada media, semalam.

Terdahulu beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Pengkalan Chepa yang turut dihadiri Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan di sini.

Kelmarin, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohammad Sabu bertegas untuk meletakkan calonnya di kedua-dua kerusi tersebut dan bersedia berdepan dengan mana-mana parti kecuali PKR dan DAP.

Tindakan Amanah itu dijangka mencetuskan perbalahan dengan Pas yang awal-awal lagi sudah menyatakan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan ditandingi oleh mereka.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas memiliki pengalaman bertanding di kawasan itu sejak tahun 1959, bahkan pada PRU13 pula hanya kalah tipis kepada BN.

“Oleh itu, kita tidak mempunyai masalah untuk masuk di kawasan ini. Bahkan undi kita semakin meningkat,” katanya.

Pada masa yang sama, Abdul Hadi juga mengakui sekiranya Pakatan Harapan meletakkan calonnya di kerusi berkenaan, ia boleh memecahbelahkan undian.

“Tidak dinafikan. Yang penting kita dapat menggerakkan jentera pilihan raya,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menegaskan pertembungan antara blok pembangkang dalam kedua-dua PRK tersebut hanya akan memberi kelebihan kepada BN untuk menang.

Pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter pada 5 Mei di Sebuyau, Sarawak.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, Wan Muhammad Khair-il, daripada Barisan Nasional, mengalahkan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas) dengan majoriti 1,082 undi, manakala Noriah mengekalkan kerusinya setelah mengalahkan calon Pas, Mohamed Saleh M Hussain dengan 399 undi –SH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s