Mat Sabu Dakwa PAN Adalah ‘PAS’ Alasan Bertanding Tiga Penjuru

mat sabuAIDCNews – 16/5/16 –Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu mendakwa partinya adalah mewakili ‘PAS’ sebagai justifikasi untuk membolehkan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu telah menterbalikkan senerio dengan menganggap PAN adalah sebuah parti yang mewarisi ‘PAS’ yang kini berada dalam Pakatan Harapan, manakala PAS yang asal yang masih wujud lagi digambarkan seolah-olah sebagai sebuah parti serpihan.

“Kami dahulu, parti lama kami, PAS, sebelum Pilihan Raya tahun 1999, kami hilang semua deposit, tetapi datang Pilihan Raya Umum (1999), kami menang Kelantan dan Terengganu,”katanya sambil menegaskan bahawa PAN bersedia bertanding walaupun 15 penjuru dalam PRK itu.

Turut diimbau Mat Sabu berkenaan PRK Bukit Selambau, Kedah pada tahun 2009 iaitu PRK yang berlaku 6 tahun sebelum PAN ditubuhkan

“Kita biasa bertanding 15 penjuru di Bukit Selambau dan Pakatan Rakyat waktu itu menang dengan cemerlang. Tiada masalah tentang itu.

“Parti dalam Pakatan Harapan sekarang ada tiga. DAP, Amanah, Keadilan. Luar daripada Pakatan Harapan, kami tidak ada kuasa,”katanya.

Mat Sabu turut menegaskan Pakatan Harapan (PH) bersedia meletakkan calon dalam PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Walau bagaimanapun, kata Mat Sabu parti mana yang bakal bertanding dalam PRK itu akan ditentukan oleh mesyuarat majlis presiden PH.

“Kalau kami cadangkan kami (PAN) bertanding, ia akan membawa kepada Pakatan Harapan. Bila Pakatan Harapan bermesyuarat, Majlis Presiden, itu adalah keputusan.

“PAS tidak termasuk dalam Pakatan Harapan. Hak dia (PAS) untuk bertanding atau tidak,”katanya yang senada dengan pendirian DAP.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s