Otai Reformasi Sokong PAN Bertanding PRK PRK Sungai Besar & Kuala Kangsar

otai reformasiAIDCNews – 16/5/16 –Otai Reformis 1998 mendesak Pakatan Harapan (PH) memberi peluang kepada Parti Amanah Negara (PAN) mewakili pakatan itu untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Menurut jurucakap NGO tersebut, Shaiful Ariffin berkata, asasnya mereka mendapati bahawa kewujudan PAN adalah lebih baik daripada PAS.

“Saya anggap peluang dua kerusi Parlimen (Kuala Kangsar dan Sungai Besar) harus diberi tanggungjawabnya kepada Amanah untuk membuktikan Amanah satu parti yang dominan.

“Parti Amanah yang mewakili suara demokrat muslim akan terus mara ke hadapan, kami amat percaya tanggungjawab ini perlu diberi kepada Amanah dengan ketokohan pemimpin yang berwibawa dan punyai prinsip untuk kukuhkan Pakatan Harapan, jadi jangan sia-siakan Amanah,”katanya pada pemberita di Wisma Amanah semalam.

Memorandum itu diserahkan oleh Setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail kepada Presiden PAN, Mohamad Sabu.

Abdul Razak adalah bekas Ketua Cabang PKR Pasir Salak yang keluar parti untuk masuk DAP pada Jun 2015.

Mohamad Sabu ketika menerima memorandum itu berkata PAN akan membawa suara Otai Reformis 1998 dalam mesyuarat Pakatan Harapan.

“Terima kasih atas pandangan dan cadangan itu, kami sangat menghargainya, segala cadangan itu akan dibincangkan bersama atas nama Pakatan Harapan.

“Kita akan kemukakan pandangan…Pakatan akan tentukan calon jadi hasrat kami akan ketengahkan bersama hujah kami untuk bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” katanya.

‘Otai Reformasi’ adalah satu NGO yang diketuai YB Saari Sungip, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang yang sekarang merupakan Timbalan Pengerusi PAN Selangor.

Anggota-anggota Otai Reformasi antaranya ialah; Ronnie Liu, Anuar Tahir, Tian Chua, Khalid Samad, Ng Suee Lim, Hishamuddin Rais, Nurul Izzah Anwar dan lain-lain.

Advertisements

One thought on “Otai Reformasi Sokong PAN Bertanding PRK PRK Sungai Besar & Kuala Kangsar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s