PRK Sungai Besar : ADUN DAP Sekinchan Sokong PAN

adun dap sekinchanAIDCNews – 16/5/16 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, YB Ng Suee Lim dilihat mula memberi sokongan terbuka kepada Parti Amanah Negara (PAN).

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew secara terbuka menyeru PAN meletakkan calon di PRK Sungai Besar untuk menguji kekuatan PAS tanpa bantuan parti-parti daripada PKR dan DAP.

ronnie liuPada malam ini, Ng dan Ronnie yang disifatkan mewakili DAP Selangor telah hadir dalam program Majlis Ramah Mesra Bersama Pimpinan anjuran PAN di Dewan Sri Bernam, Sungai Besar.

mat sabu prk sg besarDalam majlis itu, Ng dan Ronie berada di barisan hadapan pentas, sebaris dengan pimpinan PAN, Mohamad Sabu (Presiden), Anuar Tahir (Setiausaha Agung), Hasanudin Mohd Yunus (Naib Presiden) dan Siti Mariah Mahmud (Ketua Wanita).

ng suee limParlimen Sungai Besar terdapat dua DUN iaitu DUN Sungai Panjang yang diwakili ADUN BN, Budiman Mohd Zohdi dan DUN Sekinchan yang diwakili ADUN DAP, Ng sendiri.

Pada November tahun lalu, Ng ketika berucap di sidang DUN pernah mencadangkan nama Kampung Bagan Nakhoda Omar ditukar nama kepada Kampung Bagan Nakhoda Chong.

Ucapan Ng yang bersifat rasis itu telah dibantah oleh ADUN-ADUN BN dalam DUN Selangor.

Selanjutnya, sila baca “DAP Ada Niat Tidak Baik, Bangkit Isu Tukar Tanah Rizab Melayu” dan “Kerajaan Selangor Didesak Henti Pemberian Tanah Rizab Melayu Kepada Kaum Lain

Untuk Apa & Dari Siapa ADUN DAP Bawa Duit Tunai RM20,000?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s