ADUN PKR Kebun Bunga Persoal Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang

GEORGE TOWN- Kelantangan beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR mempersoalkan rasional pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) menyebabkan suasana agak tegang semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini (semalam).

Suasana bertambah panas apabila Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) tidak membenarkan Phee Boon Poh (DAP-Sungai Puyu) mencelah semasa Cheah sedang berhujah dengan penuh emosi mengenai laporan berhubung projek itu yang masih belum dibentangkan dalam dewan.

Cheah berkata adalah penting untuk kerajaan negeri mengemukakan laporan lengkap mengenai projek berkenaan kepada umum atas prinsip kebebasan maklumat dan keadialan asasi kerana projek yang besar akan ada kesan baik dan buruk terhadap rakyat negeri ini.

“Pada peringkat ini laporan daripada rakan penyampaian projek belum didedahkan kepada umum. Mustahil bagi orang Pulau Pinang dan pihak berkepentingan untuk meneliti projek ini kerana maklumat ini adalah dasar untuk kita tahu apakah masa depan kita berkaitan pelan ini,” katanya.

Yap Soo Huey (DAP-Pulau Tikus) semasa mencelah hujah Cheah berkata beliau tidak pasti apakah laporan yang dimaksudkan Cheah kerana projek itu masih dalam peringkat kajian kebolehlaksanaan dan laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) akan disediakan.

“Maka tiada laporan untuk diberi kepada kepada sesiapa pun (buat masa ini),” kata Yap.

Cheah kemudiannya dengan nada keras menegaskan, semasa sidang dewan yang lepas (Nov 2015), beliau diberitahu bahawa laporan projek itu akan dibentang pada sesi dewan kali ini dan tidak berpuas hati kerana mendakwa projek tambakan laut telah dimulakan sebelum mengetahui laporan lengkap mengenainya.

Bagi menenangkan keadaan, Speaker Datuk Law Choo Kiang menjelaskan bahawa dewan tidak sempat menerima apa-apa laporan daripada Jawatankuasa Kira-kira Kerajaan (PAC) berhubung perkara itu dan meminta semua ADUN tidak beremosi dan tidak mengganggu proses perbahasan.

Sebelum itu Dr. Norlela Ariffin (PKR-Penanti) turut mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri untuk menambak laut kerana ia bakal membawa implikasi besar antaranya terhadap lebih 1,000 nelayan yang akan kehilangan punca pendapatan.

Persidangan ditangguh esok – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s