Kit Siang : Pengundi Akan Hukum PAS Dalam PRK Punca Perpecahan Pakatan

AIDCNews – 17/5/16 – Lim Kit Siang hari ini menolak dakwaan bahawa PAS akan bertambah baik bertanding bersendirian dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebaliknya mengatakan parti Islam itu mungkin akan menghadapi hukuman pengundi di kedua-dua kerusi kerana sebagai punca Pakatan Rakyat (PR ) berpecah tahun lepas.

Penasihat DAP itu berkata suasana PAS bertanding dalam PRK kini tidak sama dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) kerana pada PRU itu PAS bertanding di bawah payung PR yang mendapat sokongan daripada DAP dan PKR.

“Pada PRK bagi kedua-dua kawasan Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dalam pertandingan satu-sama-satu dengan UMNO, calon-calon PAS di kedua-dua kawasan pilihan raya itu tidak boleh meraih undi yang lebih tinggi tetapi undi yang lebih rendah kerana bukan sahaja pengundi bukan Melayu, bahkan juga pengundi Melayu tidak akan mengundi PAS kerana PAS telah menyebabkan perpecahan Pakatan Rakyat, “kata Kit Siang sepertimana dilapor The Malay Mail Online.

PR telah dibubarkan pada tahun lepas apabila DAP dan PAS bercanggah pendapat berkenaan pelaksanaan hudud, Kanun Keseksaan Islam.

Pada PRU 13, PAS telah dikalahkan oleh Barisan Nasional (BN) di kedua-dua kerusi dengan kemenangan tipis hanya 399 undi di Sungai Besar dan 1,082 undi di Kuala Kangsar.

Lim bagaimanapun berkata PAS tidak akan bertambah baik dan mengulangi prestasi PRU 13, sebaliknya beliau cenderung mengatakan pada PRK kali ini PAS akan mengulangi prestasi PRU 2004 apabila calon parti Islam itu hanya berjaya mendapat lebih 30 peratus daripada keseluruhan undi dalam kedua-dua kerusi tersebut.

Pemimpin supremo DAP itu juga tidak bersetuju dengan pandangan yang mendakwa pertandingan satu sama satu antara PAS dan BN di kedua-dua PRK itu akan berjaya menghantar mesej perubahan kepada pemerintah.

Lim menegaskan pemimpin PAS pada sebelum ini telah mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menunjukkan mereka ramah kepada pemerintah UMNO, walaupun kontroversi yang melanda pentadbiran BN.

“Malah, PAS seolah-olah membangunkan personaliti baharu sebagai parti UMNO dan mesra Najib,” katanya.

Pada Ahad, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Ambiga Sreenavasan berkata pembangkang hanya perlu meletakkan seorang calon dalam kedua-dua PRK itu, tidak kira sama ada calon Pakatan Harapan ataupun PAS.

Dr Mahathir, yang berucap pada majlis Selamatkan Malaysia di Shah Alam, berkata ini untuk membolehkan pengundi di sana memastikan sokongan tidak berbelah bagi kepada pembangkang dan menghantar mesej kepada pentadbiran persekutuan bahawa mereka memerlukan Najib.

“Tetapi pembangkang perlu memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN,” kata Dr Mahathir.

Bagaimanapun, semalam, Datuk Zaid Ibrahim tidak bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir, sebaliknya lebih bersetuju dengan pandangan Lim.

Zaid, yang juga seperti Dr Mahathir, seorang protagonis utama dalam pergerakan Selamatkan Malaysia, juga berkata pertandingan satu lawan satu antara PAS dan BN hanya akan menyebabkan pihak yang kedua menang di kedua-dua kerusi tersebut.

Seorang pemimpin PKR, yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu The Malay Mail Online bahawa pertembungan tiga penjuru antara PKR, BN dan PAS boleh berlaku di Sungai Besar, Selangor, manakala perkara sama juga akan berlaku di Kuala Kangsar, Perak, di mana ia akan ditandingi calon PAN, BN dan PAS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s