Mat Sabu Nafi Jadi Calon PRK Sungai Besar

AIDCNews – 17/5/16 –Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu menafikan kononnya beliau dipilih Pakatan Harapan sebagai calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Mohamad Sabu atau lebih mesra disapa ‘Mat Sabu’ berkata, tidak timbul soal siapa yang menjadi calon Pakatan Harapan termasuk yang mengaitkannya untuk bertanding di kerusi itu hingga keputusan mengenainya diputuskan Majlis Presiden Pakatan Harapan.

“Majlis Presiden (Pakatan Harapan) akan bermesyuarat bagi menentukan calon yang akan bertanding pada dua PRK ini (Sungai Besar dan Kuala Kangsar) dalam tempoh seminggu dari sekarang,” katanya kepada Sinar Harian pada Mesra Bersama Pemimpin Sempena PRK Sungai Besar di Dewan Seri Bernam, semalam.

Ditanya tentang kononnya PAN akan bertanding di Parlimen sementara PAS di DUN terutama di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Mat Sabu berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan parti itu dengan PAS.

“Setakat ini kami tak ada perbincangan dengan PAS tentang perkara ini sebab mereka bukan gabungan Pakatan Harapan,” katanya.

Terdahulu Mat Sabu dalam ucapannya membayangkan Pakatan Harapan bakal bertanding di dua kerusi Parlimen dalam PRK 18 Jun depan sambil menegaskan parti itu bersedia berdepan pertandingan tiga atau lebih penjuru sekiranya parti selain BN memutuskan untuk bertanding di kerusi berkenaan.

“Lain-lain parti yang nak bertanding silakan…bukan hak kita nak halang mereka, bertandinglah. Kita pernah bertanding 15 penjuru di bawah Pakatan Rakyat lawan calon-calon lain di DUN Bukit Selambau, Kedah.

“Tapi, rakyat tahu pilih, mereka (pengundi) pilih Pakatan Rakyat. Bertandinglah, tujuh atau lapan penjuru sekali pun, saya yakin orang UMNO, Ahli PAS, PKR, Amanah dan DAP semuanya sekali akan buat perubahan bagi memenangkan calon daripada Pakatan Harapan,” katanya.

Sementara itu, PAN Kelantan menyifatkan PAS hanya ‘pengacau’ jika masih berdegil untuk bertanding dalam PRK Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak.

Naib Pengerusinya Che Ibrahim Mohamed berkata PAS tidak boleh mendakwa kedua-dua kawasan itu adalah ‘tempat’ mereka kerana sudah tiga kali kalah walaupun mendapat sokongon DAP dan PKR pada pilihan raya umum lalu.

“(Walaupun bertanding) atas nama Pakatan Rakyat pun (PAS) masih belum menang, bagaimana (bila) PAS bertanding bersendirian dia kata dia ada (sokongan) akar umbi.

“Pihak ketiga hanyalah pengacau. Kita (PAN) rasa peluang kita menentang Barisan Nasional berbanding PAS itu adalah lebih baik sebab kita bertanding atas nama Pakatan Harapan yang mendapat sokongan daripada penyokong-penyokong parti pembangkang,” katanya pada sidang akhbar di pejabat parti itu di Kota Bharu, hari ini.

One thought on “Mat Sabu Nafi Jadi Calon PRK Sungai Besar

  1. PAN silalah bertanding, jgn berkokok berdegar-degar, jangan nak berlagak berlebihan. PAN belum ada sejarah kemenangan, belum terbukti kewibawaan. Aku yakin, jika PAN bertanding mereka akan hilang wang deposit.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s