Nga Kor Ming Rampas Kuasa Setiausaha Agung DAP ?

nga1AIDCNews – 17/5/16 – Kenyataan Nga Kor Ming berkenaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar dianggap telah melebihi kapisitinya sebagai Pengerusi DAP Perak.

Hari ini, Nga dalam kenyataannya mengecam sikap PAS yang disifatkannya terus berdegil mahu bertanding di kedua-dua PKR Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Sedangkan, dakwa Nga, dalam Pakatan Harapan (PH) Perak Sabtu lalu, PH negeri telah membuat tawaran kepada parti Islam itu hanya bertanding di satu kerusi, sementara satu lagi kerusi ditandingi PH.

“Tawaran terbuka itu adalah keputusan sebulat suara Pakatan Perak dan penuh dengan keikhlasan.

“Jika PAS benar-benar serius untuk mengalahkan UMNO, mereka sewajarnya membuat pertimbangan menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka, bukan bersikap angkuh minta parti lain ukur baju atas badan sendiri,” katanya.

Nga berkata, PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah referendum terbaik rakyat bagi menunjukkan kuasa undi mereka dalam keadaan konflik melibatkan kepimpinan negara.

“PAS perlu bersikap rasional supaya ia tidak merugikan usaha Pakatan Harapan untuk mengalahkan BN, keengganan PAS kembali ke meja rundingan dilihat hanya merugikan pakatan pembangkang,” katanya.

Kenyataan terbaharu Nga itu bercanggah dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini.

Pada 13 Mei lalu, Lim selaku Setiausaha Agung DAP berkata partinya tidak akan memberi sokongan kepada calon PAS sama ada dalam PRK Parlimen Sungai Besar, Selangor atau Kuala Kangsar, Perak.

“Sokongan hanya akan diberikan kepada Pakatan Harapan (DAP-PKR-PAN) dan PAS bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan,” katanya.

Sebelum ini, MINDA AIDCNews pernah mengkritik keputusan mesyuarat PH Perak yang dipengerusikan Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin disifatkannya sebagai ‘ada udang di sebalik batu’

“Nizar Jamaluddin pula bermain politik ‘pura-pura alim’ dengan kononnya sedia bahagi kerusi satu kerusi untuk PH dan satu kerusi untuk PAS dan kononnya PAS boleh pilih sama ada mahukan kerusi Kuala Kangsar atau Sungai Besar.

“Macam mana Nizar yang merupakan Timbalan Pengerusi PAN Perak bersama Nga Kor Ming, Pengerusi DAP Perak dan Muhamad Nur Manuty, Pengerusi PKR Perak boleh buat usul melangkaui keputusan majlis Presiden PH di peringkat pusat.

“Nampak sangat Nizar, Nga dan Muhamad Nur Manuty sedang berpakat mahu merebut kerusi Kuala Kangsar tanpa mempedulikan kerusi Sungai Besar.

“Macam mana Nga boleh setuju PAS memilih bertanding di satu kerusi sahaja, sama ada Kuala Kangsar atau Sungai Besar sedangkan kedua-dua pemimpin agung DAP, Kit Siang dan Guan Eng tidak bersetuju dengan pencalonan PAS di kedua-dua kerusi itu.

“Dan macam mana PH Perak boleh buat keputusan untuk PAS sedangkan PAS bukan anggota pakatan itu.

“Nampak sangat kelentongnya.”

Selanjutnya, sila baca “PRK : Ketua De Factor PH Beri Lampu Hijau Pertandingan Tiga Penjuru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s