Wakil Rakyat DAP Bertikam Lidah Berhubung Isu Jawatan KM Dihadkan Dua Penggal

GEORGE TOWN – Dua wakil rakyat DAP hari ini bertikam lidah mengenai usul untuk mengehadkan jawatan ketua menteri kepada hanya dua penggal yang ditolak pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima) berkata beliau kecewa dengan Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah) yang telah banyak kali cuba membawa usul itu.

“Teh boleh membangkitkan perkara itu dalam pertemuan bersama pemimpin DAP berbanding membincangkannya dalam forum mengenainya yang dianjurkan Gerakan negeri baru-baru ini,” katanya ketika membahaskan usul terima kasih ucapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Kenyataan Rayer itu ditempelak Lydia Ong Kok Fooi (DAP-Berapit) yang mempertahankan Teh dengan menegaskan apa yang dibuat Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Bungah itu bukan satu kesalahan.

Keadaan menjadi tegang apabila Lydia berkata usul mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri kepada hanya dua penggal itu penting dalam memastikan seseorang pemimpin tidak menyalahgunakan kuasa.

“Tuduhan penyalahgunaan kuasa itu boleh berlaku sekiranya seseorang pemimpin terlalu lama memegang kuasa,” katanya.

Namun, Rayer yang tidak berpuas hati dengan jawapan Lydia telah menegaskan bahawa kerajaan negeri mengamalkan dasar tender terbuka dan pentadbiran yang bersih.

Bagi menenangkan keadaan, Speaker Datuk Law Choo Kiang mengingatkan Rayer untuk hanya memfokuskan kepada perdebatan bukannya membangkitkan isu-isu bersifat peribadi.

Teh kelihatan tenang dan tidak memberi reaksi balas ketika perang mulut antara Rayer dan Lydia.

Usul mengehadkan jawatan ketua menteri kepada hanya dua penggal yang cuba dibawa Teh pada sidang DUN kali ini ditolak atas alasan terdapat masalah teknikal.

Ini merupakan kali kedua usul yang sama ditolak selepas persidangan DUN 10 Nov 2014 walaupun cadangan Teh itu mendapat pelbagai reaksi daripada wakil rakyat kerajaan dan pembangkang – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s