Adun DAP Dedah Had Tempoh Jawatan KM Terkandung Dalam Ikrar DAP

GEORGE TOWN- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah Teh Yee Cheu mendakwa cadangan mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri dipersetujui kepimpinan parti dan terkandung dalam ikrar DAP sebelum pilihan raya umum 2008.

Teh semasa mendedahkan salinan ikrar dalam bahasa Cina itu kepada pemberita, berkata bagaimanapun tempoh yang disebut dalam ikrar berkenaan adalah selama tiga penggal.

“Dalam ikrar itu menyebut jika DAP membentuk kerajaan di Pulau Pinang tempoh jawatan ketua menteri harus dihadkan kepada tiga penggal sahaja bagi mengelakkan salah guna kuasa,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini.

Katanya, beliau berpegang kepada ikrar itu dan berpandangan pelaksanaan had tempoh jawatan ketua menteri wajar dipertimbangkan kerana ia memang sudah sedia ada dalam ikrar DAP.

Minggu lepas, usul mengehadkan jawatan ketua menteri kepada hanya dua penggal yang dibawa Teh pada sidang DUN ditolak atas alasan terdapat masalah teknikal.

Ini merupakan kali kedua Teh cuba membawa usul yang sama, selepas kali pertama pada persidangan DUN November 2015.

Sementara itu Setiausaha Organisasi DAP negeri Wong Hon Wai ketika mengulas dakwaan itu berkata salinan yang ada pada Teh itu hanyalah draf semata-mata.

“Ia (mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri) tidak diluluskan kepimpinan DAP selepas mendapat pandangan pelbagai pihak termasuk peguam.

“Teh tidak hadir pada hari ikrar tersebut dibaca pada 6 Mac 2008 di Esplanade (Padang Kota) dan tiada klausa dalam ikrar itu menyebut tentang penggal (khidmat ketua menteri),” katanya.

Wong turut menyifatkan Teh membuat tuduhan itu semata-mata untuk meraih publisiti terhadap isu berkenaan -BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s