ADUN PKR Penanti Pertikai Kos Kajian Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

norlelaAIDCNews – 18/5/16 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Penanti, Dr Norlela Ariffin mempertikai kos pra- kajian Penilaian Impak Alam Sekitar atau Environmental Impact Assessment (EIA) berjumlah RM138.9 juta untuk Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang adalah terlalu mahal

“(kos) Kajian EIA hanya RM1.5 juta sahaja. Tapi (kos kajian) pra-EIA adalah sebanyak RM138.9 juta. Dan total kos adalah RM305 juta.

“Saya nak tanya kenapa terdapat perbezaan (kos) dan kenapa kaedah pembayaran sebegini digunakan ?,”soal ADUN Penanti dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang semalam.

Menjawab soalan itu, YB Lim Hock Seng, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkata ADUN Penanti sepatutnya membangkitkan persoalan itu dalam Jawatankuasa Kira-Kira Negeri (PAC) kerana beliau adalah anggotanya.

“Saya tak dapat (jawapan dalam PAC) sebab itu laporan tidak keluar-keluar lagi, ” bidas ADUN Penanti.

Sementara itu, YB Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) berkata kos pembinaan terowong dasar laut kerajaan negeri lebih mahal sehingga 250 peratus berbanding kos terowong Smart di Kuala Lumpur.

Muhammad Farid berkata kos pembinaan terowong Smart sepanjang 9.7 kilometer (km) yang siap pada Mei 2007 hanya RM1.93 bilion, manakala anggaran kos terowong Pulau Pinang ialah sebanyak RM3.6 bilion.

“Jika kita boleh mengunjurkan kadar kenaikan harga (lima peratus setiap tahun bagi tempoh sembilan tahun) berdasarkan pembinaan terowong yang lebih panjang dibina di tengah-tengah Kuala Lumpur, kos pembinaan terowong ini hanya RM2.007 bilion (RM2,007,000,000).

“Saya sedar cara pengiraan ini boleh dipertikai, mungkin nanti exco boleh jelaskan,” katanya ketika membahaskan usul terima kasih ucapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan DUN.

Beliau berkata selain itu, terowong SMART juga lebih panjang berbanding terowong dasar laut yang dijangkakan hanya 7.2km.

“Secara perbandingan juga, untuk satu kilometer terowong dasar laut kosnya mencecah RM500 juta, berbanding kira-kira RM199 juta bagi satu kilometer terowong SMART, sedangkan pembinaan terowong SMART adalah di tanah batu kapur serta dalam persekitaran populasi dan bangunan yang tinggi,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Farid turut menggesa kerajaan negeri menjelaskan baki pembayaran kos kajian kebolehlaksanaan, reka bentuk terperinci dan impak alam sekitar projek terowong itu akan dibuat kepada Konsortium Zenith BUCG (Zenith).

Beliau berkata baki yang belum dan perlu dibayar untuk kerja dilaksanakan Zenith itu sehingga 15 Feb 2015 adalah kira-kira RM70 juta.

“Disebabkan kaedah pembayaran atau kos bagi menjalankan kajian ini adalah menerusi pemberian tanah, maka kita mahu penjelasan tanah mana lagi yang akan diberikan kepada Zenith,” katanya.

Exco Pulau Pinang Telah Sahkan RM305 Juta Untuk Kos Kajian Terowong Dasar Laut – Abdul Rahman

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s