Khairuddin : Dahulu Mengaku Penerbit Buku 50 Dalil, Sekarang Nafikan Pula

AIDCNews – 18/5/16 – Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sendiri yang membuat kenyataan bercanggah berkaitan dengan penerbitan buku ’50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM’ dedah laman TV 14.

Pada tahun 2013, ketika berceramah Taman Metropolitan, Putrajaya, Khairuddin dilaporkan Utusan sebagai penerbit buku itu.

PUTRAJAYA 4 Mei – Penerbit buku 50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, beliau telah bersekongkol dengan beberapa pemimpin Pas bagi menghasilkan buku tersebut.

Khairuddin yang juga seorang aktivis politik mendakwa, pada 1998 beliau bersama bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar telah berpakat menghasilkan buku itu.

“Saya berani bersumpah Wallahi Wabilahi Watallahi orang yang bersekongkol dengan saya pada 1998 bagi menerbitkan buku itu ialah bekas Presiden Pas, Mahfuz dan Mat Sabu.

“Ini tiga pemimpin Pas yang bergabung dengan saya bagi menerbitkan buku 50 dalil melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim habis-habisan,’’ katanya dalam satu program di Taman Metropolitan di sini hari ini.

Namun, semalam Khairuddin dilaporkan FMT menafikan beliau terlibat dalam pembikinan buku berkenaan dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai persepsi dan tuduhan.

Bercakap kepada wartawan selepas forum lebih dua jam itu selesai, Khairuddin sekali lagi membuat penafian dan menyifatkan dirinya kurang bernasib baik kerana dilihat sebagai ‘budak suruhan’ bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya bukan penulis (atau) penerbit buku ’50 Dalil’. Itu adalah persepsi. Pada tahun 1998 Tun tidak kenal saya dan saya pernah bersumpah junjung al-Quran bahawa jika Mahathir suruh saya buat buku itu untuk tumbangkan Anwar, saya terkeluar daripada akidah Islam,” katanya lagi.

Khairuddin sebelum ini sekadar menafikan diminta Dr Mahathir berbuat demikian, tetapi tidak menolak beliau adalah penerbit buku kontroversi itu yang dianggap sebagai permulaan terhadap penyingkiran Anwar daripada kerajaan dan UMNO.

Terdahulu, Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, banyak media yang melaporkan Khairuddin terbabit dalam penerbitan buku itu.

“Banyak media (yang melaporkannya) dan saya boleh tunjukkan. Saya minta maaf kalau cakap kamu tulis, tetapi kamu terlibat (dalam penerbitannya),” katanya.

Sinar Harian pada 27 Disember lalu memetik Khairuddin sebagai mengakui pernah menerbitkan buku itu tetapi bukan atas arahan Dr Mahathir.

“Apa kita cakap tentang Anwar dia tak mahu percaya. Sebab Tun Mahathir tak mahu percaya, atas dasar inilah saya terbitkan buku itu. Bukan disuruh Tun Mahathir,” katanya yang dilaporkan akhbar itu tahun lalu.

Kenyataan bercanggah Khairuddin itu dibahas lanjut TV 14.

“Persoalannya, kenapa beliau (Khairuddin) tidak menafikannya ketika media melaporkan bahawa beliau adalah penerbit buku berkenaan. Kenapa Khairuddin perlu menunggu sehingga 18 tahun untuk membuat penafian berkenaan.

“Jika selama ini media tersalah lapor, Khairuddin sepatutnya membetulkannya ataupun beliau boleh menyaman media terbabit.

“Tetapi beliau hanya menafikannya pada Forum ‘Deklarasi: Mana Pergi Rakyat’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi.

“Adakah kerana sekarang beliau sudah berada bersama-sama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan berkongsi pentas yang sama dengan pembangkang, maka beliau terpaksa menafikannya?

“Sememangnya bukan sesuatu yang mengejutkan apabila beliau digelar sebagai `budak suruhan’ Mahathir,”ulasnya.

Walau bagaimanapun kenyataan terbaharu Khairuddin itu bercanggah dengan kenyataan beliau sendiri ketika diwawancara Malaysiakini pada 15 Disember 2014.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini , Khairuddin berulang kali menegaskan yang beliau membuat laporan itu sebagai seorang “anggota kerdil” Umno semata-mata.

Pada tahun 1998, Khairuddin mencuri perhatian sebagai penerbit buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM .

Beliau turut mengaku sebagai orang pertama membuat laporan polis terhadap Anwar berdasarkan kandungan buku itu.

“Kalau kita ingat semula sejarah politik tanah air tahun 1998, sayalah orang yang menerbitkan buku 50 Dalil kenapa Anwar tidak boleh menjadi perdana menteri yang ditulis oleh sahabat karib saya Allahyarham Datuk Khalid Jafri.

“Saya orang pertama yang membuat tiga laporan polis terhadap timbalan presiden Umno, timbalan perdana menteri, menteri kewangan Malaysia pada tahun 1998.

“Pemimpin-pemimpin Umno pada masa itu masih cium tangan penyangak Anwar Ibrahim tetapi saya seorang bangun untuk melawan kemungkaran Anwar Ibrahim,” katanya.

Buku tersebut akhirnya mencetuskan kejatuhan karier Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Umno.

khai

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s