Ulama PAN Sokong Iran, Rejim Bashar?

ahmad-awang-pan-2-768x576BANGI – “PAN memalukan!” Ini maklum balas seorang tokoh Islam, Prof Dr Abd Al-Fattah Al-Awaisi terhadap penyertaan dua ulama PAN pada sebuah persidangan antarabangsa yang ditunjangi oleh Syiah Iran.

Kehadiran Mursyidul Am PAN, Ustaz Ahmad Awang dan Naibnya, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin dalam satu majlis yang dinaungi dan dihadiri tokoh besar Iran iaitu Ayatollah Mohsen Araki, Ayatollah Muhamad Ali Al-Taskhiri, Nuaim Qasim selaku Naib Setiausaha Agung Hizbullah dan Duta Iran ke Lubnan adalah satu perkara yang amat dikesali.

“Penyertaan PAN menunjukkan kedudukannya selaku sekutu Iran dan penyokong rejim Bashar Asad, secara langsung bersetuju dengan kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat Syria,” kata Dr Abd Al-Fattah yang juga merupakan profesor pelawat Universiti Utara Malaysia (UUM) di Facebooknya baru-baru ini.

Persidangan ulama antarabangsa bertajuk ‘Muqawamah membebaskan, keganasan membinasakan’ ini telah diadakan di Lubnan pada 5 Mei lepas.

Beliau juga berdoa agar parti serpihan PAS itu tidak menjadi pelaksana agenda Iran di Asia Tenggara.

Katanya lagi, Iran dan sekutunya adalah musuh seperti Zionis Israel.

“Kemuliaan Masjid Al-Aqsa tidak layak untuk dibebaskan oleh tentera Iran dan sekutunya, yang telah membunuh keluarga kita, merogol anak gadis kita, mengusir keluarga kita dari Syria dan menjajah empat negara iaitu Baghdad, Damsyik, Beirut dan Sanaa,” katanya – ismaweb.net

Ulama Luar Biasa PAN Hadiri Persidangan Syiah ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s