Adakah Anda Berkata ‘Babi DAP’? Soal Guan Eng Kepada Hadi

AIDCNews – 19/5/16 –Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menuntut presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang menjelaskan benarkah beliau mengucapkan frasa “babi DAP” dalam mesyuarat parti Islam itu semalam seperti yang dilaporkan.

Lim berkata beliau terkejut apabila membaca laporan akhbar The Star hari ini memetik Abdul Hadi sebagai berkata PAS “lebih baik mengembala lembu UMNO daripada babi DAP” yang berkaitan dengan krisis terbaharu Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor.

“Saya terkejut dengan kenyataan ini. Mengapa DAP diheret sama sedangkan kami tidak bertanding di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, “kata Guan Eng dilapor The Malay Mail Online

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Abdul Hadi perlu menjelaskan jika kenyataan yang dilaporkan adalah tepat.

Jika kenyataan itu tersalah lapor, Lim menggesa pemimpin PAS supaya mengambil tindakan terhadap akhbar tersebut.

Menurut laporan The Star, Abdul Hadi mengucapkan kenyataan itu semasa mesyuarat dengan Exco PAS Selangor di kediaman Presiden PAS, di Rusila, Terengganu.

Dalam mesyuarat itu, Abdul Hadi dilaporkan berkata PAS bersedia ketiga-tiga ahli exco PAS digugurkan daripada Kerajaan Negeri Selangor tetapi tidak membenarkan mereka meletak jawatan.

Mesyuarat itu diadakan selepas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali didakwa telah memberitahu exco PAS untuk meletakkan jawatan jika parti mereka berkeras mahu bertanding di kedua-dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dilaporkan memberi kata dua itu kepada Datuk Iskandar Samad yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan beberapa exco PAS yang lain iaitu Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri pada Rabu.

Selepas itu, mereka telah bertolak ke Terengganu pada Rabu untuk mengadakan mesyuarat khas dengan Abdul Hadi di Terengganu.

Amaran Azmin Kepada PAS : Dikeluarkan Dari Kerajaan Selangor Jika Degil Bertanding PRK

Advertisements

One thought on “Adakah Anda Berkata ‘Babi DAP’? Soal Guan Eng Kepada Hadi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s