Amaran Azmin Kepada PAS : Dikeluarkan Dari Kerajaan Selangor Jika Degil Bertanding PRK

azmin amaranAIDCNews – 19/5/16 – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi kata dua kepada PAS agar menarik diri daripada bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar atau berdepan dengan tindakan dikeluarkan daripada menganggotai kerajaan negeri.

Ahli Exco Selangor dari PAS diminta meletak jawatan jika parti itu masih tetap dengan pendirian untuk bertanding pada PRK Sungai Besar kata Azmin kerana PKR berminat bertanding di kerusi parlimen tersebut.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR memberi kata dua itu kepada Datuk Iskandar Samad yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan beberapa exco PAS yang lain iaitu Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri pada Rabu, lapor Mstar.

Namun, sumber PAS Selangor berkata kepimpinan tertinggi parti memutuskan untuk terus bertanding selepas mengadakan mesyuarat dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kediamannya di Rusila, Terengganu.

Tiga ahli exco Selangor dan beberapa pemimpin parti itu telah berlepas ke Terengganu pada Rabu untuk mengadakan mesyuarat tergempar.

“Presiden kami tetap dengan keputusan jawatankuasa pusat untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu,” kata sumber PAS Selangor.

Hadi yang juga Presiden PAS mengarahkan ketiga-tiga ahli exco itu supaya tidak meletak jawatan.

Beliau berkata parti itu bersedia untuk digugurkan daripada kerajaan negeri.

Semasa mesyuarat dengan ahli exco PAS, Azmin berkata PKR mempunyai peluang cerah untuk menentang UMNO di Sungai Besar.

Jelasnya, PKR boleh mendapat sokongan undi Melayu dan Cina manakala PAS dan PAN akan memberi kemenangan mudah kepada UMNO.

Azmin memberi jaminan bahawa beliau akan berunding dengan pemimpin Pakatan Harapan untuk memberi laluan kepada PAS bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Beliau juga berjanji bahawa PAS akan diberi kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

PKR bertanding tetapi tewas di kerusi Parlimen Sabak Bernam pada 2013.

hadi

nurul

3 thoughts on “Amaran Azmin Kepada PAS : Dikeluarkan Dari Kerajaan Selangor Jika Degil Bertanding PRK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s