Bawa Keluar Surat Anwar Dari Penjara Satu Kesalahan – Nur Jazlan

KUALA LUMPUR – Tindakan individu yang membawa keluar surat bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara merupakan satu kesalahan dan boleh diambil tindakan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Akta Penjara 1995 menyatakan seseorang yang menyeludup atau cuba menyeludup barang larangan masuk atau keluar dari penjara sebagai satu kesalahan.

Akta Penjara memperuntukkan barang larangan dibawa masuk atau keluar adalah dadah, wang atau arak dan termasuk alat atau artikel seperti ditetapkan Komisioner Jeneral dari semasa ke semasa.

“Sepatutnya kena ada siasatan, tetapi surat telah pun keluar…Jabatan Penjara perlu berhati-hati selepas ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata Anwar diberi banyak keistimewaan termasuk boleh berhubung dengan anggota keluarga dan peguamnya dengan kerap, memungkinkan penyeludupan keluar surat berkenaan.

“Bila banyak perhubungan antara keluarga, peguam dan pihak lain, ada banyak peluang surat itu boleh dibawa keluar,” katanya.

Sebuah portal media sebelum ini melaporkan Anwar menulis sepucuk surat kepada pimpinan PKR yang mendakwa Deklarasi yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tidak sempurna dan lari dari agenda reformasi sebenar.

Sementara itu, mengulas mengenai peraturan larangan keluar negara selama tiga tahun ke atas individu yang memburukkan negara, Nur Jazlan menasihatkan ahli politik dan aktivis yang cenderung membuat kenyataan menjatuhkan imej negara supaya memeriksa nama mereka dengan Jabatan Imigresen.

“Macam Maria Chin Abdullah (Pengerusi Bersih 2.0), dia patut periksa terlebih dahulu sama ada nama disenarai atau tidak. Seperti (kartunis) Zunar juga, dia juga patut periksa,” katanya.

Maria pada Isnin tidak dibenarkan melepasi kaunter imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika mahu berlepas ke Korea Selatan.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Sakib Kusmi mengesahkan kewujudan peruntukan larangan keluar negara berkenaan sambil menambah bahawa pemilikan pasport antarabangsa Malaysia adalah satu keistimewaan dan bukan hak – BERNAMA

Advertisements

One thought on “Bawa Keluar Surat Anwar Dari Penjara Satu Kesalahan – Nur Jazlan

  1. Keadilan mengikut acuan dia sendiri… Bila menggugat kepentingan diri, dikatakannya tidak adil tetapi bila orang lain memperjuangkan keadilan sebenar dituduhnya pihak tersebut memanipulasi sesuatu untuk kepentingan diri…
    Astaghfirullah !!!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s