Dipecat DAP Angkara Musuh Politik – Loh Chee Heng

PETALING JAYA: ADUN Teluk Datuk Loh Chee Heng menganggap dirinya dianiaya musuh sehingga menyebabkan beliau dipecat daripada DAP.

Chee Heng berkata, beliau akan mengemukakan rayuan kepada Ahli Jawatankuasa Pusat Parti DAP (CEC) selaras dengan Perlembagaan parti dalam masa terdekat.

Katanya, beliau juga akan bekerjasama dengan semua agensi penyiasatan dalam waktu interim ini bagi membersihkan namanya daripada tuduhan penyalahgunaan peruntukan negeri yang dibuat musuh politiknya.

“Saya dengan tegasnya menafikan sepenuhnya tuduhan penyalahgunaan peruntukan kawasan Teluk Datuk.

“Semua penggunaan peruntukan kawasan saya dipohon, diluluskan dan digunakan mengikut peraturan dan pekeliling ditetapkan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat dan selaras dengan kriteria kewangan negeri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, walaupun pusat khidmat rakyatnya di Jenjarom dikunci, namun ia tetap tidak menghalangnya untuk terus menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

“Izinkan saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan, sahabat karib, penduduk di kawasan Teluk Datuk dan rakan seperjuangan saya dalam DAP.

“Mereka memberikan kata semangat dan keyakinan kepada saya untuk melalui detik sukar bagi saya dan keluarga sejak 16 tahun saya menceburi politik iaitu bermula tahun 2000 sebagai pembantu kepada ahli Parlimen Cheras,” katanya.

Pada 14 hb Mei 2016, Jawatankuasa Tatatertib Parti DAP mendapati Chee Heng bersalah atas tuduhan penyalahgunaan peruntukan negeri yang diberikan kepadanya sebagai ADUN – FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s