Rafizi Dedah Wujud Permintaan ‘Perempuan’ Sebagai Habuan Dalam Kerajaan Selangor

The Malaysian Mirror – Satu tranksrip perbualan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam kumpulan WhatsApp yang sedang viral mendedahkan wujud permintaan ‘perempuan’ sebagai habuan dalam berurusan dengan kerajaan negeri Selangor yang ditadbir Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.

Rafizi dalam perbualan tersebut mengatakan menerima aduan selain wang yang diminta dalam urusan kerajaan negeri, terdapat juga permintaan untuk mendapatkan perempuan.

“Semalam saya mendapat laporan dan aduan dari orang bona fide bahawa selain dari wang sekarang ini ada juga permintaan ‘perempuan’ bila berurusan dengan kerajaan negeri (tidak perlulah saya hurai saudara/saudari tahu apa yang saya maksudkan).

“Mereka datang mengadu kepada saya dan saya sedang kumpul maklumat,” tulis Rafizi dalam kumpulan WhatsApp, Solidariti For Anwar yang dilihat The Malaysian Mirror.

Menurut Rafizi, perkara tersebut sudah menjadi perbualan orang ramai mengenai isu wang dan perempuan semasa berurusan dengan kerajaan Selangor.

Dalam perbualan tersebut juga, Rafizi berkata beliau lebih bimbang mengenai soal dosa dan pahala, bukan semata-mata mementingkan strategi politik sahaja.

“Saya bukan kisah sangat mengenai strategi politik dan lain-lain.

“Selama ini tidak pernah sekali pun saya pergi ke SUK sejak saudara Azmin jadi MB untuk minta atau bincang sesuatu,” katanya.

The Malaysian Mirror menyertakan sama transkrip perbualan tersebut yang sedang viral.

Rafizi yang dihubungi enggan memberikan komen dan menjawab “tiada komen” menerusi pesanan WhatsApp kepada The Malaysian Mirror.

Advertisements

3 thoughts on “Rafizi Dedah Wujud Permintaan ‘Perempuan’ Sebagai Habuan Dalam Kerajaan Selangor

  1. Tak rasa surprise sebab PKR sebuah parti yang penuh dengan kes liwat, Elizabeth kes telanjang, MB kes ice cream dan dayus, Nurul kes dengan pensyarah

    Like

  2. Lingkup Selangor di bwh PKR.. oh ya… tak kisah, asal tumbang Najib, tumbang BN.. biar air murah, walaupun air takda, biar takda GST, walaupun takda barang yang mampu nak dibeli, sebok dengan harga kereta mahal (ikut Rafizi), tapi tak kisah harga rumah naik, 7 keturunan pun tak mampu nak beli (ada Piji pedulik?).. Syabas selangor!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s