Azmin Bersimpati Presiden PAS Tidak Tahu Perkembangan Parti

AIDCNews – 20/5/16 – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melahirkan rasa simpati terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mengetahui perkembangan partinya sendiri berkaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Singai Besar dan Kuala Kangsar.

“Kadang-kadang saya simpati juga dengan Ustaz Hadi ini, mungkin dia tidak tahu apa yang berlaku dalam parti.

“Saya bertemu dengan Timbalan Presiden PAS. Saya bertemu dengan Pengarah Pilihan Raya (PAS Pusat) Datuk Mustafa Ali. Saya bertemu dengan Setiausaha Politik Ustaz Hadi, Dr (Ahmad) Shamsuri (Mokhtar).

“Jadi saya percaya, pimpinan tertinggi (PAS) ini akan melaporkan kepada Presiden dia,”kata Azmin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanya terdapat pencanggahan di antara kenyataan Azmin dengan Abdul Hadi, di mana Azmin mendakwa rundingan berkenaan PRK dengan PAS masih dilaksanakan sedangkan Presiden PAS menafikannya.

“Saya telah bertemu dua kali dengan pimpinan tinggi PAS. Semalam saya ada rundingan panjang wakil-wakil AMANAH. Ia berjalan baik dan positif. Saya juga telah berbincang dengan wakil NGO utama dalam negara kita, petang semalam.

“Jadi proses ini berjalan,”tambah Azmin.

Ketika ditanya adakah beliau bersedia berjumpa dan bermesyuarat dengan Abdul Hadi, Azmin bertanya kembali kepada wartawan, “adakah awak (wartawan) mencadangkan saya berjumpa dengan Hadi ?”

Wartawan lain mencelah, “Adakah awak (Azmin) terfikirkah mahu berjumpa Hadi ?

Azmin menjawab, “Oh saya berjumpa dengan semua orang..”

“Jadi dengan Hadi sendiri bagaimana ?” soal wartawan.

“Saya bersedia..” jawab Azmin.

2 thoughts on “Azmin Bersimpati Presiden PAS Tidak Tahu Perkembangan Parti

  1. Wah angkuhnya MB Selangor ni.Apakah beliau tidak sedar ketegasan TGHH menolak DSWA lah yg telah membawa beliau menjawat jawatan MB,tapi sekarang secara sinis sanggup dia memperkecilkan TGHH.Sama seperti puak PAN,tak mengenang budi.

    Like

  2. Kelakar bila dengar Azmin mengatakan bahawa hasil politik yang stabil 2 tahun ini membawa kemajuan dan pembangunan kpd Selangor, bukankah sebelum 2008, politik Malaysia dan Selangor khususnya sangat stabil dan membawa kemajuan sehingga Selangor menjadi hebat seperti hari ini? Nampak sangat penipunya parti PKR ini.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s