Azmin Nafi Keluarkan Kata Dua Kepada Exco PAS

SHAH ALAM – Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali nafi mengeluarkan kata dua kepada Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) daripada PAS sama ada mereka meletak jawatan atau parti mereka tidak bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar bulan depan.

Beliau berkata tumpuan sekarang ialah berbincang dengan parti-parti pembangkang untuk bertanding dalam kerusi parlimen itu.

“Saya bertemu dengan Parti Amanah Negara hari ini. Kata dua? Tidak ada.

“Itu tidak benar. Tumpuan kami ialah membincangkan soal kerusi dahulu dan ia masih belum selesai,” kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah portal akhbar berbahasa Inggeris yang melaporkan beliau telah meminta Exco kerajaan negeri daripada PAS untuk meletak jawatan Isnin ini jika parti mereka berkeras untuk bertanding di dalam pilihan raya kecil itu.

Laporan itu berkata Mohamed Azmin mahukan PKR bertanding di kerusi itu dan bukannya Amanah atau PAS.

Ditanya sama ada PAS akan kekal dalam pentadbiran Selangor jika ia bertanding, Menteri Besar Selangor itu berkata:”Jangan terburu-buru membuat kesimpulan.”

Hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Sungai Besar ialah pada 18 Jun manakala penamaan calon pada 5 Jun dan undian awal pada 14 Jun.

Kerusi parlimen itu kosong berikutan kematian penyandangnya yang juga Timbalan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, pada 5 Mei lepas – BERNAMA
iskandar1
iskandar2
iskandar

pas sel

Advertisements

One thought on “Azmin Nafi Keluarkan Kata Dua Kepada Exco PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s