Isu Tiga Exco Selangor, PAS Pusat Akan Bermesyuarat Esok

sallehen mukhyiSHAH ALAM: PAS Pusat dijadual mengadakan mesyuarat Sabtu ini bagi membincangkan dakwaan tiga exco parti itu diminta letak jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Sallehin Mukhyi memberitahu, mesyuarat ini akan diadakan jika ia mendapat perhatian daripada kepimpinan tertinggi PAS.

“Saya dimaklumkan memang ada pertemuan antara (Datuk Seri) Azmin dengan exco (PAS) tapi saya tidak tahu butiran lanjut mengenai pertemuan, sebab ia melibatkan exco sahaja.

“Pimpinan PAS Pusat pun rasanya sudah tahu pasal isu ini, mungkin saya akan dipanggil dalam mesyuarat Sabtu ini, saya kena tunggu tarikh itu dahulu,” katanya kepada Antarapos.

Difahamkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali ada membuat pertemuan dengan exco PAS selepas mesyuarat exco semalam.

Timbalan Presiden PKR itu didakwa memberi kata dua kepada PAS samada untuk menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar atau meletak jawatan dalam kerajaan negeri.

Sebelum ini Azmin berkata rundingan akan tetap berjalan bagi merealisasikan prinsip satu lawan satu dalam PRK Sungai Besar 18 Jun depan.

Malah pihaknya masih berbincang dengan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP untuk mencapai tujuan tersebut.

Mengulas mengenai intipati pertemuan Azmin bersama tiga exco PAS berkenaan, Sallehin berkata beliau tidak mempunyai maklumat berkaitan hal itu.

“Saya tidak boleh beri kenyataan sebab dia (Datuk Seri Azmin Ali) panggil exco Selangor sahaja. Saya tidak tahu tentang (pertemuan itu). Lebih baik hubungi exco (PAS) sahaja,” jelas Sallehin.

Sallehin yang juga bekas exco kerajaan Negeri Selangor itu turut mengesahkan pertemuan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan kesemua exco PAS Selangor petang semalam.

“Saya tidak pasti sebab exco ada buat pertemuan mungkin dengan pimpinan PAS Pusat, saya tidak tahu butir pertemuan itu.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa partinya tetap akan bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

Oleh itu, impian PH bagi mewujudkan pertembungan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) di Sungai Besar mungkin tidak menjadi kenyataan malah pembangkang mungkin terpaksa berputih mata dek kerana faktor perpecahan pengundi yang akan memberik kelebihan kepada BN – AP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s