Mat Taib Calon PKR Di Parlimen Sungai Besar ?

AIDCNews – 20/5/16 – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib diramalkan akan dicalonkan PKR menjadi calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar pada 18 Jun 2016 nanti.

Nama Muhammad yang lebih dikenali sebagai Mat Taib itu didakwa sedang dilobi oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Sumber yang rapat dengan Azmin Ali mendakwa Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR tersebut dijangka mengumumkan nama Mat Taib sebaik sahaja mendapat persetujuan PAS untuk bekerjasama dalam PRK Sungai Besar ini.

“Jika dilihat sejak minggu lalu, Azmin Ali sudah “berkampung” di Sungai Besar tanpa menonjolkan sebarang calon untuk mewakili partinya atau Pakatan. Kemunculan Parti Amanah Negara (PAN) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar hanyalah rancangan “tambahan” sekiranya Azmin gagal mengatur kompromi dengan PAS.

“Azmin hari ini dilaporkan meminta PAS memberi laluan kepada PKR kali ini kerana parti tersebut berhadapan dengan masalah “kepercayaan” kaum Cina sejak kebelakangan ini,” dakwa blog mynonaanna.

Dakwanya lagi, sebagai kompromi dengan PAS, parti Islam itu ditawarkan bertanding di PRK Kuala Kangsar.

“Sungguhpun PAS mengumumkan penolakan cadangan memberi kerusi Sungai Besar kepada PKR, namun rundingan peringkat tertinggi masih dijalankan.

“Azmin dikatakan telah menawar laluan untuk PAS bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional di Kuala Kangsar dan juga menjanjikan pemberian potfolio kanan kepada PAS dalam rombakan EXCO Kerajaan Negeri Selangor akan datang.

“Azmin sanggup berhabis-habisan kali ini bagi menjaga maruah beliau sebagai Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR,”dakwa blog itu lagi.

Sementara itu, Timbalan Presiden Kelab Penyokong-Penyokong Pakatan Harapan Malaysia (KPPHM), Greenboc, meminta Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu lebih bersuara lantang dalam mesyuarat Pakatan Harapan memandangkan PAN telah disisihkan di kedua-dua PRK tersebut.

“Di Sungai Besar, Azmin mahu PKR bertanding. Alasannya PAS dan AMANAH hanya dapat sokongan Melayu. Di Kuala Kangsar, Azmin mahu PAS bertanding. AMANAH dan PKR kena tarik diri.

“Itu macamkah permainan Azmin. AMANAH lansung tak diberi peluang untuk bertanding di kedua-dua PRK itu.

“Hello Presiden AMANAH ! Tolong bersuara sikit. Tolong tegas sikit. Tolong hentikan permainan Azmin dan tolong teruskan mesyuarat PH yang ditangguhkan malam tadi. Konsesnsus AMANAH dan DAP memadai untuk memutuskan siapa yang sepatutnya bertanding mewakili PH di kedua-dua PRK berkenaan tanpa melibatkan PKR.

“Jangan dilihat oleh rakyat dan peringkat akar umbi yang Presiden AMANAH tidak ada integriti dan maruah walaupun sudah ditipu berkali-kali oleh Azmin. Jangan jadikan alasan “politik matang” atau “politik budiman” untuk menangguhkan keputusan yang telah diputuskan oleh AMANAH Pusat supaya AMANAH bertanding di kedua-dua PRK berkenaan,” gesanya yang juga Pengarah Komunikasi KPPHM.

Advertisements

One thought on “Mat Taib Calon PKR Di Parlimen Sungai Besar ?

  1. Mat taib buat scandal dlm umno burukkan name umno. Dah tu lari pula masok pas. Dah tiba masa duduk atas tikar sembahyang dan soul searching d ctu. Allah Maha Pengampun.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s