Tuduhan Presiden PAS Tidak Tahu Perkembangan Parti Adalah Kurang Ajar – Nik Abduh

SHAH ALAM: Pemuda PAS menyifatkan tuduhan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‘tidak tahu apa yang berlaku dalam parti’ yang dilemparkan PKR sebagai jahil dan kurang ajar.

Ketuanya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz melahirkan rasa kecewanya terhadap parti itu ekoran Hadi dilabel sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti.

“Ada juga orang politik kata, ada presiden parti tak tahu apa pun hal partinya. Biasa yang saya dengar ialah ada orang jahil atau kurang ajar kata ulama tu tak tahu apa pun pasal ugamanya (agamanya),” katanya yang dipetik melalui laman sosial Facebook.

Terdahulu, pada pagi tadi Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata, Hadi tidak mengetahui perkembangan bersabit rundingan peletakan calon di kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Ini kerana, kata Ahli Parlimen Gombak itu lagi, sebaik saja pengumuman mengenai dua pilihan raya kecil yang akan diadakan 18 Jun depan, pihaknya telah bertemu dua kali dengan kepimpinan PAS.

“Kadang-kadang saya simpati dengan Ustaz Hadi ini, mungkin dia tidak tahu apa yang berlaku dalam parti.

“Saya bertemu dengan Timbalan Presiden PAS (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man), saya bertemu dengan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali, saya bertemu dengan setiausaha politik Ustaz Hadi, jadi saya percaya pimpinan tertinggi ini akan melaporkan kepada Presiden,” katanya dalam satu majlis pagi tadi – AP

Advertisements

3 thoughts on “Tuduhan Presiden PAS Tidak Tahu Perkembangan Parti Adalah Kurang Ajar – Nik Abduh

  1. Masa depan politik Azmin sudah gelap,dalam PKR dia hanya dapat separuh sokongan saja ,mankala di luar parti pula sekarang sokongan ahli akar umbi Pas akan hilang.Bolehkan beliau memenangi piliharaya lagi,tanpa sokongan undi penyokong Pas?.Kalau beliau mahu meneruskan hayat politiknya hanya dgn satu jalan yg ada,beliau kena bertandig di kawasan mejoriti Cina,dan bodeklah DAP sekuat mungkin,barulah beliau boleh menang dalam piliharaya.

    Like

  2. Apalah sgt jasa PAS menaikkan Azmin sebagai MB untuk dikenang berbanding jasa Anwar menaikkan si elit (bukan ketua kampung) ini dalam politik. Jadi, jangan hairan kalau Azmin bertindak menggigit PAS. Tiba pula saat PAS beri kata dua kepada Azmin.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s