Azmin Memang Ugut Pecat Exco PAS – Ulama

AIDCNews – 21/5/16 – Tiga Exco PAS di Selangor memang telah diberi kata dua oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya meletak jawatan sekiranya parti Islam itu berkeras mahu bertanding PRK Parlimen Sungai Besar.

Pendedahan itu dibuat Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berdasarkan maklumat yang diterima pihak partinya.

Malah, menurut Khairuddin, penafian yang dibuat Azmin kepada pihak media juga tidak benar.

“Azmin ‘terkantoi’ berbohong kepada wartawan, kononnya tidak pernah arahkan EXCO PAS (Selangor) letak jawatan sedangkan memang ‘confirm’ dia (Azmin) arahkan EXCO PAS meletakkan jawatan jika PAS terus bertanding di Sungai Besar,” katanya kepada FMT.

Malah Ahli Parlimen Kuala Nerus turut mendakwa Azmin bertindak seperti itu kerana ditekan oleh pimpinan Pakatan Harapan yang mahu meletakkan calon mereka.

“Sesama Pakatan Harapan pun tekan dia (Azmin) dalam isu Deklarasi Rakyat. Pakatan Harapan tekan dia isu bertanding PRK Sungai Besar, jadi nak lepaskan diri dia ‘melibas’ semua orang termasuk Presiden PAS,” katanya.

Khairuddin melahirkan rasa kesal atas kenyataan terbaharu Azmin yang kelihatan menyindir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti.

Kenyataan seolah sindiran itu merupakan jawapan Azmin kepada Hadi yang menyangkal adanya rundingan rasmi pengagihan kerusi PRK antara PAS dan PKR.

Menurut Azmin rundingan dilakukan dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dan setiausaha politik kepada Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Walaubagaimanapun, PAS mengambil pendekatan memaafkan perbuatan Azmin, malah memahami stuasi yang sedang dihadapi Menteri Besar Selangor itu.

“Kita maafkan Azmin atas ‘kecelaruan’ fikiran dia akhir-akhir ini,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad dalam kenyataannya hari ini tidak menafikan beliau dan dua exco PAS lain telah diugut Azmin, sebaliknya menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi parti untuk menyelesaikan spekulasi tersebut.

“Media juga telah membuat spekulasi tentang pertemuan di antara Datuk Menteri Besar dan Exco-exco PAS.

“Kandungan pertemuan tersebut adalah tidak penting tetapi yang penting adalah pengumuman beliau semalam bahawa PAS kekal bersama pentadbiran kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beberapa hari lalu, media melaporkan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR didakwa memberi kata dua kepada PAS sama ada untuk menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar atau meletak jawatan dalam kerajaan negeri.

Dilaporkan, Azmin memberitahu perkara berkenaan kepada tiga Exco PAS – Datuk Ahmad Yunus Hairi, Zaidy Abdul Talib termasuk Iskandar sendiri, selepas mengadakan pertemuan dengan mereka selepas mesyuarat exco pada Rabu.

Azmin bagaimanapun menafikan perkara berkenaan, sambil menegaskan tumpuan sekarang ialah berbincang dengan parti-parti pembangkang untuk bertanding dalam kerusi parlimen itu.

Namun, sumber PAS Selangor berkata kepimpinan tertinggi parti memutuskan untuk terus bertanding selepas mengadakan mesyuarat dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kediamannya di Rusila, Terengganu.

Malah Iskandar juga berkata, PAS sudah menggerakkan jentera di peringkat negeri untuk menghadapi PRK di kawasan berkenaan.

“Sungai Besar adalah kerusi tradisi PAS dan keputusan PAS untuk bertanding di situ tidak sepatutnya dipertikaikan oleh sesiapa.

“Saya yakin jentera dan ahli-ahli PAS akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada PRK ini dan tidak akan melayani isu-isu yang bertujuan untuk mengganggu tumpuan ini,” katanya yang juga Naib Presiden PAS.

mustafa

pas-az

Advertisements

4 thoughts on “Azmin Memang Ugut Pecat Exco PAS – Ulama

  1. Memaafkan Azmin kerana kecelaruan fikirannya sebagaimana yg di ungkapkan oleh DR Khairuddin,memang satu sifat mulia,tapi meneruskan kerjasama dgn PKR adalah sesuatu yg silap dan memesongkan perjuangan sebenar Pas .Ini adalah kerana PKR bukanlah sebuah parti yg ‘baik’ sama ada dari sudut sekular mahu pun dari sudut Islamik nya.Alang-alang berubah arah,elok benar kalau PAS menjauhkan diri sepenuhnya dari parti ini,demi kebaikan perjuangan Pas.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s