Projek Terowong Dasar Laut : PAC Ditangguh 2 Kali Bukti Jawapan Sebenar Masih Tidak Lengkap – Abdul Rahman

lge-terowongAIDCNews – 21/5/16 – Penangguhan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Negeri sebanyak dua kali membuktikan jawapan sebenarnya berkenaan Projek Terowong Dasar Laut masih tidak lengkap, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan.

“Setakat ini, tiada seorang pun daripada mereka menerima jawapan memuaskan. Perbincangan hangat di DUN Pulau Pinang minggu lalu yang mendedahkan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri, ditangguhkan sebanyak dua kali membuktikan jawapan sebenarnya masih tidak lengkap.

“Dalam keadaan tertentu, mungkin lebih baik jika keseluruhan dokumen itu dijadikan tatapan umum secara sukarela. Ini semestinya membabitkan pengeluaran semula minit EXCO dan memberi justifikasi terhadap anugerah terbuka projek untuk tatapan umum. Dengan cara ini, kita boleh biarkan rakyat membuat keputusan,”katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Abdul Rahman yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut membidas sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang seolah-olah lepas tangan daripada menjawab isu tersebut, sedangkan ia merupakan projek mega yang menelan belanja besar hasil daripada wang rakyat.

“Saya ambil maklum bahawa ini adalah kali kedua berturut-turut YAB Ketua Menteri membuat keputusan untuk tidak menjawab saya secara terus dan lebih gemar memberi tanggungjawab itu kepada EXCO beliau untuk menyediakan respon yang bersesuaian.

“Walaupun saya inginkan jawapan yang lebih khusus dari YB Lim, tetapi YB Lim lain pula yang jawab.! Pada pendapat saya, isu penting sebegini sewajarnya dijawab atau dijelaskan oleh Ketua Menteri sendiri,”katanya lagi.

Kenyataan Akhbar
21 Mei 2016

Saya merujuk kepada kenyataan akhbar bertarikh 12 Mei 2016 oleh Exco Pulau Pinang YB Lim Hock Seng yang memberikan jawapan kepada saya berhubung beberapa isu berkaitan projek mega Terowong Pulau Pinang bernilai RM6.34 bilion yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang kepada Consortium Zenith BUCG (CZBUCG).

Saya menunggu selama seminggu untuk mengeluarkan kenyataan ini. Ini kerana saya mahu menunggu soalan-soalan yang dibangkitkan oleh ADUN PKR dan DAP dalam sidang Dewan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan menanti Kerajaan Pulau Pinang untuk menyediakan jawapan.

Bagaimanapun, semua soalan yang ditanya saya lihat sama ada tidak mendalam atau tidak cukup spesifik. Dalam perkembangan sama, jawapan yang diberikan Kerajaan Pulau Pinang seolah-olah tidak jelas, malah seakan-akan ingin mengelak dalam beberapa keadaan.

Saya ambil maklum bahawa ini adalah kali kedua berturut-turut YAB Ketua Menteri membuat keputusan untuk tidak menjawab saya secara terus dan lebih gemar memberi tanggungjawab itu kepada EXCO beliau untuk menyediakan respon yang bersesuaian. Walaupun saya inginkan jawapan yang lebih khusus dari YB Lim, tetapi YB Lim lain pula yang jawab.!

Pada pendapat saya, isu penting sebegini sewajarnya dijawab atau dijelaskan oleh Ketua Menteri sendiri.

Saya amat menghargai undangan kerajaan negeri untuk melawat KOMTAR dan melihat dokumen berkaitan. Namun begitu, dalam keadaan ini, saya dengan rasa hormat menolak kerana ia tidak memberi banyak kelebihan.

Hanya sedikit matlamat akan tercapai jika semua dokumen itu ditunjukkan kepada saya. Beliau sepatutnya membuat tawaran sama kepada yang lain terutama mereka yang berada di Pulau Pinang.

Saya percaya, C4 iaitu satu kumpulan anti rasuah; CHANT dan CAP (kedua-duanya NGO berpangkalan di Pulau Pinang); sekurang-kurangnya dua ADUN DAP Pulau Pinang dan 5 ADUN PKR telah membangkitkan persoalan mengenai projek terowong ini.

Setakat ini, tiada seorang pun daripada mereka menerima jawapan memuaskan. Perbincangan hangat di DUN Pulau Pinang minggu lalu yang mendedahkan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri, ditangguhkan sebanyak dua kali membuktikan jawapan sebenarnya masih tidak lengkap.

Dalam keadaan tertentu, mungkin lebih baik jika keseluruhan dokumen itu dijadikan tatapan umum secara sukarela. Ini semestinya membabitkan pengeluaran semula minit EXCO dan memberi justifikasi terhadap anugerah terbuka projek untuk tatapan umum. Dengan cara ini, kita boleh biarkan rakyat membuat keputusan.

Saya juga mengambil perhatian kenyataan terbaru YB Lim Hock Seng yang kedengaran seperti penafian kosong dan dipenuhi dengan pelbagai percubaan untuk mengalihkan tumpuan daripada soalan saya yang amat spesifik.
Sebagai contoh, daripada terus menjawab soalan saya yang amat khusus terhadap projek mega pertama Kerajaan DAP, YB Lim memilih untuk bertanya kepada saya mengenai projek Kerajaan Persekutuan yang tidak dinamakan dan tidak berkaitan.

Adalah lebih baik Kerajaan Pulau Pinang memberi tumpuan terhadap menjawab soalan saya daripada menimbulkan soalan mengenai projek lain.

Saya akui, saya memang kerap mengulang soalan tetapi saya berbuat demikian kerana tidak menerima jawapan bersesuaian.

Berikut adalah soalan terbaru saya, sesetengahnya terpaksa diulang:

Ingin saya tegaskan, saya tidak pernah mempertikaikan penganugerahan keseluruhan projek kepada CZBUG menerusi RFP terbuka (termasuk 3 kajian bernilai RM305 juta). soalan saya secara khusus ialah sama ada berlaku konflik kepentingan dalam hal ini.

Apakah tidak berlaku percanggahan kepentingan jika meminta syarikat yang dianugerahkan projek itu untuk turut melakukan kajian kebolehlaksanaan – kajian yang akan menentukan kesesuaian projek itu? Pada pandangan umum, itu adalah keadaannya.

Saya secara khusus bertanya sama ada Kerajaan Pulau Pinang, atau CZBUCG menganugerahkan 3 kajian secara individu melalui tender terbuka – bukan projek secara keseluruhannya.

Walaupun YB Lim masih berkeras menyatakan 3 kajian yang telah dianugerahkan berdasarkan RFP terbuka, tetapi seperti yang saya maklumkan sebelum ini, rekod pemberitahuan kepada Bursa Malaysia oleh Astral Supreme Bhd jelas menunjukkan kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk dianugerahkan oleh CZBUCG kepada syarikat pemegang saham mereka.

Adakah ini bermakna RFP terbuka sebenarnya dijalankan oleh CZBUCG manajaka kontrak dianugerahkan kepada pemegang saham sendiri? Boleh anda jelaskan perkara ini?

Saya menghargai pengesahan anda bahawa 3 kajian akan memberi kos kepada rakyat Pulau Pinang sebanyak RM305 juta. Apa yang ketara, angka ini adalah dua kali ganda berbanding perbelanjaan Kerajaan Pulau Pinang untuk pelbagai program kebajikan antara tahun 2008 hingga 2015.

Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyifatkan nilai RM305 juta adalah “berpatutan”, saya serahkan kepada rakyat Pulau Pinang to membuat keputusan sama ada mereka mempunyai pandangan yang sama.

Saya juga terkejut Kerajaan Pulau Pinang tidak meminta bantuan Kementerian Kerja Raya dan JKR sebelum ini. Selain itu, ia kelihatan seperti tidak bercadang menerima pertolongan yang ditawarkan oleh JKR, yang berkemungkinan dapat membantu mengurangkan kos dan memastikan ketepatan masa tiga kajian berkenaan.

Perjanjian konsesi tol yang unik: Kerajaan DAP anugerahkan konsesi 30 tahun.

Saya terkejut dengan kenyataan YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, yang dilapor menyatakan “kesal mereka kritik Kerajaan Pulau Pinang, apabila BN adalah juara untuk tol”

Saya juga kecewa mendengar YAB Lim cuba mengalihkan isu ini kepada Kerajaan Persekutuan dengan mendakwa Kerajaan Persekutuan telah menyukarkan keadaan bagi Kerajaan Pulau Pinang menerima kelulusan bagi jambatan dan sebaliknya terpaksa membina terowong mahal.

Bagaimanapun, Menteri Kerja Ray, Dato ‘Sri Fadillah Yusof segera menafikan dakwaan YAB Lim dan menyatakan tiada perbincangan dilakukan atau permohonan diterima.

Jelas sekali YAB Ketua Menteri tidak memahami apa yang saya minta dalam dua kenyataan saya sebelum ini, tetapi memilih untuk memberi kenyataan umum berbaur kekesalan dan tuduhan.

Saya mempersoalkan model perniagaan yang digunakan yang mana Kerajaan Pulau Pinang dikatakan membayar sepenuhnya kos pembinaan dan pada masa sama masih membenarkan syarikat untuk mengumpul tol selama 30 tahun. Saya juga mempersoalkan sama ada DAP tidak lagi membuat bantahan terhadap tol.

Ini adalah dua soalan yang sangat berbeza. Saya tidak mempersoalkan hakikat bahawa tol akan dipungut.
Izinkan saya jelaskan.

Sebelum ini, saya bertanya mengapa Kerajaan DAP Pulau Pinang, yang membayar kos keseluruhan dan pada masa yang sama menganugerahkan syarikat berkenaan konsesi tol selama 30 tahun. Dalam kenyataan awal, Kerajaan Negeri berkata, mereka tidak mempunyai kepakaran menyelenggara dan menguruskan terowong.

Ini jelas di luar kebiasaan. Standard diterima untuk perjanjian konsesi tol adalah pemegang konsesi terpaksa menanggung kos pembinaan sebagai syarat pendahuluan sebelum memungut bayaran tol bagi mendapatkan semula pelaburannya.

Saya terkejut apabila kadar tol yang dipersetujui untuk terowong Pulau Pinang adalah sama dengan nilai yang dipohon untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang mana pengendali membiayai sendiri pelaburan mereka. Alasan diberikan YB Lim pada awalnya adalah untuk “mengelak operator jambatan mengalami kerugian.”

Ini bagai mengatakan jalan alternatif bebas tol yang dibiayai kerajaan bersebelahan jalan bertol swasta tidak boleh percuma. Jalan-jalan alternatif kerajaan juga, perlu memohon kadar tol sama. Jika tidak, pengendali tol swasta akan mengalami kerugian.

Apabila saya terus mendesak, Kerajaan Pulau Pinang mengubah cerita dalam kenyataan kedua. Mereka kini mengatakan syarikat konsesi terowong bukan sahaja menyelengggara dan mengendalikan tol, malah turut membiayai pembinaan terowong. Jauh berebza berbanding kenyataan pertama.

Kerajaan Pulau Pinang perlu jelas mengenai isu ini dan menjelaskan mana satu daripada dua jawapan berbeza mereka adalah yang betul. Adakah Kerajaan Pulau Pinang membiayai kos pembinaan terowong atau tidak?

Bagi operator terowong yang terpaksa menanggung kos pembinaan ini, kita akan kembali kepada hujah saya yang seterusnya.

Saya maklum YB Lim mengabaikan dua soalan saya dua kali berturut-turut :

Adakah DAP telah mengetepikan pendirian mereka dalam manifesto sebelum ini dan tidak lagi menentang jalan bertol? Jika ya, rakyat berhak untuk tahu.

Ketidakmampuan untuk memberi jawapan mengenai kos unjuran sebenar projek mega ini apabila ia telah selesai.

Kawasan seluas 110 ekar yang diperuntukkan Kerajaan Pulau Pinang untuk pembayaran kepada CZBUCG (sebagai kos pembinaan) adalah hartanah utama pinggir laut berhampiran Persiaran Gurney yang dijangka meningkat dengan mendadak pada masa hadapan.

Apabila saya membangkitkan isu itu sebelum ini, Kerajaan Pulau Pinang terlupa sebanyak dua kali untuk menyatakan bukti kepada nilai pasaran sebenar hartanah tersebut. Sebaliknya, ia memilih untuk mengulangi penilaian JPPH (yang hanya RM475 bagi setiap kaki persegi pada 2014).

Bagaimanapun, pada tahun 2013, apabila projek itu telah dianugerahkan oleh Kerajaan Pulau Pinang, nilai pasaran bagi tanah ini adalah dalam lingkungan antara RM840 per kaki persegi kepada RM1,300 bagi setiap kaki persegi.

Ini dinyatakan dengan jelas dalam tiga perjanjian berasingan dikemukakan kepada Bursa Malaysia oleh Ewein Bhd yang saya telah dedahkan sebelum ini, yang menunjukkan CZBUCG telah menandatangani perjanjian untuk menjual kira-kira 60 ekar (daripada 110 ekar tanah) untuk satu jumlah iaitu RM3.14 bilion – bukti yang kukuh bahawa nilai pasaran adalah lebih tinggi daripada angka RM475psf yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Untuk mengelakkan keraguan, izinkan saya untuk menyatakan semula soalan:

Apakah nilai pasaran – bukan nilai JPPH – tanah 110 ekar sekarang?

Jika nilai pasaran adalah RM1,300 kaki persegi – oleh itu, nilai 110 ekar akan menjadi RM6.3 bilion – melihat kepada peningkatan hartanah di kawasan utama pinggir laut di Pulau Pinang. Apakah pula harga tanah 110 ekar ini pada tahun 2025 apabila projek ini dijangka siap sepenuhnya?

Tidakkah aturan mengenai 110 ekar tanah mengesahkan kerajaan Pulau Pinang sebenarnya membayar kos penuh untuk pembinaan projek ini? Malah kalau difikirkan, Kerajaan Pulau Pinang berkemungkinan membiayai lebih dari harga sebenar, berdasarkan faktor peningkatan harga.

Adakah ini akhirnya akan memindahkan beban kos kepada rakyat Pulau Pinang, sebanyak RM 15 bilion atau RM 20 bilion? Rakyat Pulau Pinang hanya boleh tahu jika mereka mengambil kira persoalan harga pasaran sebenar tanah ini.

Sudah tentu, ini tidak langsung mengambil kira tambahan konsesi tol 30-tahun di mana rakyat Pulau Pinang masih perlu tanggung.

Bukankah lebih berhemah untuk Kerajaan Pulau Pinang jika mahu menjual tanah melalui pelbagai peringkat pembinaan (mengikut bayaran kemajuan daripada kos projek) dan bukannya membayar jumlah penuh menggunakan appreciation aset dan menyerahkan mana-mana tanah yang pastinya meningkat naik nilainya kepada syarikat swasta?

Saya berharap bahawa Kerajaan Pulau Pinang tidak lagi menuduh saya kitar semula soalan atau menyoal mereka tanpa asas. Saya percaya telah menunjukkan bukti penuh dan telah terangkan kenyataan saya dengan jelas.

Saya sangat berbesar hati sekiranya Ketua Menteri YAB sendiri, atau Kerajaan Pulau Pinang mungkin boleh berikan jawapan tepat dan tidak berdalih kepada soalan yang tepat dan tiada dalih.

Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Strategik Komunikasi BN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s