DAP Selangor Beri Sokongan Terbuka PAN Bertanding Di PRK Sungai Besar

AIDCNews – 23/5/16 – DAP Selangor telah memberi sokongan terbuka kepada calon Parti Amanah Negara (PAN) bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, lapor laman pro-PAN, Malaysia Dateline.

Sokongan padu itu telah diumumkan oleh Pengerusi DAP Selangor Tony Pua pada Majlis Ceramah Perdana dan Pelancaran Jentera Amanah PRK Sungai Besar di Sekinchan malam tadi.

“Saya hari ini 10 jam turun bertemu dengan jentera DAP. DAP menyokong calon Amanah bertanding di Sungai Besar,” katanya disambut sorakan hadirin yang memenuhi Dewan Sri Sekinchan.

Pua berkata demikian ketika menghadiri majlis pelancaran jentera PAN bagi PRK Sungai Besar yang dilancarkan oleh Presiden parti itu Mohamad Sabu.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub, Pengerusi PAN Selangor Ir Izham Hashim dan bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan.

Menurut Malaysia Dateline, Pua semasa berucap dalam Majlis Makan Malam PAN Selangor malam semalam, berkata beliau akan turun berkempen pada setiap malam jika calon PAN bertanding di kerusi tersebut.

“Saya akan turun berkempen tiap-tiap malam jika Amanah bertanding di Sungai Besar,” katanya.

Khairudin yang juga penggerak utama Deklarasi Rakyat ketika berucap pada majlis itu turut menyampaikan komitmen bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan turun berkempen untuk calon PAN pada PRK ini.

“Tun Dr Mahathir telah berikrar dan bersetuju turun berkempen untuk parti Amanah yang mewakili Pakatan Harapan pada pilihan raya kali ini,” katanya.

Isu siapa yang akan bertanding mewakili Pakatan Harapan pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar belum dimuktamadkan dan masih di peringkat perbincangan ketiga-tiga parti Pakatan Harapan.

Pertemuan Majlis Presiden Pakatan Harapan bagi tujuan itu yang sepatutnya dibuat Jumaat lalu telah ditangguhkan ke hari ini.

Bagaimanapun desas-desus menyebut bahawa pertemuan hari ini juga sekali lagi bakal ditangguhkan sekaligus meletakkan isu siapa yang akan bertanding masih menjadi tanda.

pprk-pan

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad dalam kenyataan media hari ini mendakwa rundingan dengan PAS telah gagal atas disebabkan pendirian tegas parti Islam itu untu mempertahankan kedua-dua kerusi berkenaan.

“Oleh itu AMANAH mengesyorkan PKR menerima kenyataan bahawa PAS tidak akan menarik diri dan tumpuan diberi untuk mengukuhkan cabaran PH di dua kerusi tersebut.

“Sudah cukup masa dan usaha ditumpukan kepada perundingan dengan PAS. Umum mengetahui bahawa PAS menolak usaha ini dan oleh itu persoalan 3 penjuru yang bakal berlaku bukan hasil kehendak dan sikap PH.

“AMANAH mengharapkan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan disegerakan untuk memutuskan parti mana yang akan mewakili Pakatan Harapan pada kedua-dua PRK tersebut.

“AMANAH berpendapat, sukar bagi PKR untuk bertanding menentang PAS pada PRK ini. Oleh itu, AMANAH bersedia untuk mewakili PH dalam kedua-dua PRK ini dan mengucapkan terima kasih kepada DAP Selangor atas sokongan terbuka mereka untuk AMANAH mewakil PH di Sg. Besar,”katanya.

Dalam kenyataan lain, Khalid Samad turut mengesahkan Mohamad Sabu antara nama yang bakal dicalonkan di PRK Sungai Besar dan nama Salahuddin Ayub (Timbalan Presiden PAN) serta Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Timbalan Pengerusi PAN Perak) juga turut disenaraikan sebagai calon sama ada di PRK Kuala Kangsar atau Sungai Besar.

“Kita ada banyak lagi nama tetapi belum diputuskan lagi,” katanya kepada Bernama di lobi Parlimen hari ini.

Advertisements

One thought on “DAP Selangor Beri Sokongan Terbuka PAN Bertanding Di PRK Sungai Besar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s