Kes Liwat : Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Anwar

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memasukkan keterangan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff dalam semakan pensabitan kes liwatnya, atas alasan keterangan itu tidak relevan dan tidak signifikan.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan lima anggota panel hakim menetapkan bahawa tiada pertalian antara keterangan Ramli dan pembelaan Anwar mengenai konspirasi politik dalam permohonan semakan kesnya.

“Kami dapati tiada apa dalam keterangan Ramli yang boleh mendedahkan sebarang bukti yang berkaitan dengan pembelaan pemohon (Anwar) tentang konspirasi politik. Keterangan Ramli akan menjadi sia-sia dalam hal keadaan kes itu,” kata Hakim Zulkefli.

Panel hakim itu juga membuat keputusan bahawa terdapat cukup banyak bukti bagi mahkamah memutuskan sama ada bersalah atau sebaliknya pemohon dan tidak perlu untuk beralih mendapatkan maklumat dari luar.

Dalam penghakimannya, Hakim Zulkefli berkata pembebasan dan pelepasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi pada akhir kes pembelaan tidak dibuat atas dasar konspirasi politik walaupun hakim perbicaraan mengambil kira perkara itu dalam pembelaan Anwar – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s