PAS Bersedia Tiga Exco Selangor Dipecat Tetapi Mesti Perkenan Sultan -Abdul Hadi

AIDCNews – 23/5/16 – PAS bersedia sebarang kemungkinan termasuk menghadapi tindakan tiga Exco Selangor dipecat daripada menganggotai Kerajaan Negeri Selangor dengan keputusan parti bertegas bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, soal kedudukan ahli Exco adalah urusan sesebuah negeri malah pelantikan dilakukan harus mendapat perkenan Sultan.

“Saya cuma mendapat khabar berita angin dan ia mungkin betul dan mungkin salah.

“Kalau benar pun dia nak minta Exco letak jawatan, soal pelantikan Exco adalah urusan kerajaan negeri manakala hal meletak calon dalam pilihan raya adalah soal parti.

“Lagipun, pelantikan Exco harus mendapat perkenan sultan menerusi dan ada angkat sumpah. Sebab itu kita bersedia dengan segala kemungkinan, perkara ini terpulanglah pada Sultan. Apa pun saya harap perkara ini adalah khabar angin,” kata Abdul Hadi kepada media selepas merasmikan majlis Himpunan Pendidik Islam Peringkat Kebangsaan 4.0 di Melaka pada Sabtu.

Abdul Hadi berkata demikian mengulas spekulasi berhubung dakwaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahukan tiga Exco Selangor daripada Pas meletak jawatan jika parti itu bertegas mahu calonnya bertanding dalam PRK Parlimen Sungai Besar.

Sementara itu, Abdul Hadi turut menyangkal dakwaan Azmin yang mendakwa beliau tidak mengetahui perkembangan parti berkaitan dengan ‘rundingan’ Timbalan Presiden PKR itu dengan pimpinan PAS berkenaan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Pada mulanya mereka (Pakatan Harapan) minta kita berbincang dalam kerjasama pilihan raya dan kita telah menghantar wakil iaitu Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.

“Tidak sangka pula ada permintaan di kalangan mereka untuk bertanding juga.

“Oleh kerana PAS sudah tiga, empat kali bertanding di situ, ditambah pula kita punya banyak cawangan, ternyata kita berpijak di lapangan dan kita juga ada jentera pilihan raya bahkan kita menganggap kitalah yang berhak bertanding di kawasan terbabit.

“Tuntutan daripada pihak lain untuk bertanding tidak wajar. Apatah lagi kita dapat tahu mereka hendak meletakkan calon daripada Pakatan Harapan,” katanya.

Menurut Abdul Hadi, beliau sudah membuat keputusan dan tiada lagi sebarang perundingan bersama Pakatan Harapan bagi memutuskan calon daripada parti mana yang akan bertanding di dua PRK itu.

Katanya, keputusan PAS meletakkan calonnya di dua PRK terbabit adalah muktamad.

Mengenai pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya pembangkang akan tewas sekiranya meletakkan ramai calon, Abdul Hadi berkata, ia sekadar pandangan peribadi bekas Perdana Menteri itu.

“PAS melihat tidak menjadi masalah sama ada bertanding dua penjuru, tiga penjuru atau empat penjuru sekalipun. Kami tetap akan bertanding,” katanya.

Advertisements

One thought on “PAS Bersedia Tiga Exco Selangor Dipecat Tetapi Mesti Perkenan Sultan -Abdul Hadi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s