Pegawai SPRM Hadir Di Banglo Guan Eng Untuk Ambil Keterangan

GEORGE TOWN – Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (Ahad) hadir ke rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn di sini untuk mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya yang dikatakan pada harga di bawah nilai pasaran.

Sebanyak lapan pegawai SPRM dalam tiga kenderaan dilihat masuk ke perkarangan banglo Lim kira-kira 3 petang dan beredar kira-kira sejam kemudian.

Penasihat Undang-Undang Ketua Menteri Ramkarpal Singh ketika dihubungi Bernama berkata Lim telah diminta memberi keterangan di Pejabat SPRM negeri pada 10 pagi Ahad.

“Lim telah hadir ke SPRM 10 pagi tadi untuk membantu siasatan dan selepas keterangan diambil, pasukan SPRM telah mengikut Lim ke rumahnya untuk sambung siasatan,” katanya.

Ramkarpal berkata Lim tidak akan memberi sebarangan kenyataan selagi siasatan masih berjalan.

Turut kelihatan berada dalam kediaman Lim ialah peguam R.S.N Rayer dan Gobind Singh Deo.

Pada 6 Mei lepas, Lim dan isteri Betty Chew diminta memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo oleh Lim di Jalan Pinhorn dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin.

Pembelian banglo pada harga RM2.8 juta itu menjadi kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan isu itu pada persidangan Dewan Rakyat bahawa harga itu di bawah nilai pasaran.

Juga didakwa bahawa pembelian banglo itu ada kaitan dengan penjualan tanah di Taman Manggis yang pada asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin- BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s