AIDCNews – 23/5/16 – Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) ditangguh dua kali berkaitan dengan penentuan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar disebabkan faktor ketegasan PAS yang bertegas mahu bertanding di kedua-dua PRK tersebut
“Kita masih menunggu respon dari PAS. Kita sudah ada mesyuarat tertutup sebelum ini. Memandangkan PAS bertanding di dua kerusi berkenaan pada pilihan raya sebelum ini isu itu menjadi asas dalam rundingan kita,” katanya kepada pemberita di Lobi Dewan Rakyat hari ini.
Mesyuarat Majlis Presiden PH yang sepatutnya diadakan hari ini bagi membincangkan calon pembangkang di dua PRK serentak itu i tertangguh sekali lagi setelah ditunda Khamis lalu.
“Bagi saya, kita masih mempunyai masa sebelum hari penamaan calon (5 Jun) dan pilihan raya kecil (18 Jun). Masih ada ruang untuk berbincang.
“Kita perlu berbincang demi rakyat, kita perlu berfikir mengenai rakyat,” kata Wan Azizah.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Parti Amanah Negara (PAN) supaya PKR tidak membuang masa memandangkan PAS tidak akan berganjak daripada keputusannya untuk bertanding di kedua-dua kerusi itu.
“Adalah semakin nyata bahwa usaha rundingan ini telah gagal atas sebab pendirian PAS mempertahankan kedua-dua kerusi berkenaan sebagai milik tradisi mereka.
“Oleh itu, PAN mengesyorkan PKR menerima kenyataan bahawa PAS tidak akan menarik diri dan tumpuan diberi untuk mengukuhkan cabaran PH di dua kerusi tersebut.
“Sudah cukup masa dan usaha ditumpukan kepada perundingan dengan PAS. Umum mengetahui PAS menolak usaha ini dan oleh itu persoalan 3 penjuru yang bakal berlaku bukan kehendak dan sikap PH,” kata Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad di sidang media di parlimen hari ini.
[…] dijadualkan diadakan semalam, bagi membincangkan hal-hal parti dan calon mereka di dua PRK itu, ditangguhkan sebanyak dua kali selepas ditunda pada Khamis […]
LikeLike