Guan Eng Kalah Saman Terhadap Prof Jimmy & FMT

AIDCNews – 24/5/16 –Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kalah dalam saman malunya terhadap aktivis bangunan warisan negeri Prof Jimmy Lim Cheok Siang dan sebuah portal berita FMT.

Mahkamah Rayuan hari ini menukar keputusan Mahkamah Tinggi George Town yang memerintahkan mereka membayar RM300,000 kepada Guan Eng kepada tidak perlu membayar apa-apa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer, yang mengetuai panel tiga hakim, mengumumkan keputusan itu setelah membenarkan rayuan Free Malaysia Today (FMT) milik MToday News Sdn Bhd, bekas wartawan S. Karunakaran dan Prof Jimmy Lim.

“Ia ditulis secara sederhana,” kata Hamid yang merujuk kepada artikel FMT bertajuk ““Guan Eng has failed, says NGO” (Guan Eng telah gagal, kata NGO) yang diputuskan mahkamah sebagai bukan bersifat fitnah.

Bercakap kepada pemberita kemudian, peguam Datuk Baljit Singh yang mewakili Prof Jimmy berkata mahkamah mendapati artikel berkenaan tidak bersifat memfitnah dan dengan itu mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi tersebut.

Pada awal tahun 2015, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP telah memfailkan saman fitnah terhadap ketiga-tiga defendan itu berhubung penyiaran sebuah artikel oleh FMT pada 6 Disember 2013.

Dalam samannya, Guan Eng mendakwa artikel yang disiarkan FMT itu mempunyai niat dan bertujuan menjatuhkan imej dan reputasi beliau sebagai wakil rakyat, pemimpin masyarakat dan ahli politik.

Artikel itu menyentuh mengenai kegagalan Guan Eng dalam mempertahankan tapak warisan di negeri ini selaras dengan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) terhadap Georgetown sebagai tapak warisan pada 2008.

Guan Eng mendakwa, Jimmy yang juga Penasihat Citizien Awareness Chant Group telah membuat kenyataan yang menggambarkan beliau seorang Ketua Menteri yang tidak cekap dan tidak layak menjadi pemimpin kerana beliau dituduh sebagai seorang pemimpin yang tidak mempedulikan kebajikan masyarakat India tempatan apabila membiarkan Kampung Buah Pala dimusnahkan.

Ekoran itu, Guan Eng menuntut permohonan maaf dibuat oleh Jimmy, FMT dan penulis artikel berkenaan, Athi Shankar (nama samaran S. Karunakaran) termasuk ganti rugi am dan ganti rugi teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Prof Jimmy

Projek Terowong Dasar Laut Dibimbangi Hanya Imaginasi Kerajaan DAP Pulau Pinang Sahaja – Prof Jimmy

Terlalu Banyak Misteri Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang – Prof Jimmy

One thought on “Guan Eng Kalah Saman Terhadap Prof Jimmy & FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s