LGBT Sebahagian Perjuangan Rahmatan Lil’ Alamin Di Pulau Pinang

lgbt penang.jpgAIDCNews – 24/5/16 – Penganjur yang sama menganjurkan program memertabatkan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) dan Konvensyen Al Islam Rahmatan Lil’ Alamin di Pulau Pinang, dedah Hazwan Faisal.

Kedua-dua program itu dianjurkan oleh PWDC (Penang Women’s Development Corporation) satu organisasi yang diterajui YB Chong Eng, Exco Belia, Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesenian, Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Kalau ini maksud rahmatan lil alamin dengan mengiktiraf Sister in Islam, iktiraf golongan LGBT dan berlembut dengan mereka, maka rahmatan lil alamin versi liberal ini sesat lagi menyesatkan!,” ulas Hazwan.

Konvensyen Al Islam Rahmatun Lil Alamin diadakan pada 6 hingga 8 November 2015, anjuran bersama PWDC dengan ABIM, WADAH dan PKPIM.

yb teh-lgbt

Setahun selepas itu, PWDC memperkasakan pula pergerakan LGBT dengan penubuhan Jawatankuasa Transgender (Mak Nyah) Pulau Pinang.

Jawatankuasa Mak Nyah ini diketuai ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu yang bertujuan mengangkat martabat Mak Nyah antaranya dengan menyediakan tandas berasingan.

“Saya melihat ini sebagai sebahagian daripada reformasi dewan undangan negeri; kami telah menetapkan keutamaan dalam perjuangan ini,” kata Teh kepada Malaysiakini.

hazril lgbt
Hazreen Shaik Daud (kiri) dilantik Setiausaha Politik ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu pada Julai 2013
Teh telah memulakan inisiatif memartabat LGBT di negeri itu apabila melantik seorang mak nyah bernama Hazreen Shaik Daud sebagai setiausaha politiknya pada tahun 2013.

Menurutnya, jawatankuasa mak nyah itu mendapat sokongan padu daripada exco kerajaan negeri, YB Chong Eng.

“Saya menawarkan satu platform untuk komuniti tersebut menyuarakan pandangan mereka dan berjuang untuk hak-hak mereka,” katanya.

Moderat @ Liberal Berselindung Di Sebalik Konsep Islam Rahmatan lil’alamin

Siar Artikel PAN Sokong LGBT, Dr Dzulkefly Ugut Saman FMT ?

Kenapa PAN Membisu Apabila G25 Cadang Pemansuhan Undang-Undang Khalwat ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s