Nizar Calon PAN Bertanding Di PRK Kuala Kangsar ?

Malaysia Gazette – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin merupakan antara nama yang dicalonkan untuk mewakili Pakatan Harapan bertanding di Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar.

China Press melaporkan, Pakatan Harapan akan bermesyuarat pada Ahad ini untuk berbincang mengenai Pilihan Raya Kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) juga akan memuktamadkan calon mereka untuk dua pilihan raya kecil tersebut pada Ahad ini.

Sumber memberitahu, Muhammad Nizar yang juga merupakan Timbalan Pengerusi PAN merupakan antara yang dinamakan untuk bertanding di Kuala Kangsar.

Muhammad Nizar bagaimanapun enggan mengulas dan memberitahu perkara itu akan diketahui pada Ahad.

Katanya, walaupun Pas telah menentukan lima calon untuk kerusi Kuala Kangsar, tetapi ia tidak akan menjejaskan keputusan Pakatan Harapan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, walaupun pengundi Cina menyumbang kira-kira 24 peratus undi di Kuala Kangsar, tetapi Pakatan Harapan termasuk DAP tidak akan memperoleh sokongan kaum itu.

Katanya, keadaan itu berlaku kerana MCA dan Gerakan memantau secara rapat pengundi-pengundi Cina di Kuala Kangsar.

Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon pula yakin 7,000 pengundi keturunan Cina di Kuala Kangsar akan menyokong Barisan Nasional (BN).

Katanya, kesimpulan itu dibuat selepas MCA menemui sendiri pengundi-pengundi tempatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s