Mana Laporan PAC Projek Terowong Dasar Laut

mcaTimbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang Tan Teik Cheng berkata, walaupun Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang telah mengarah Jawatankuasa Kira-kira Wang Rakyat (PAC) menghantar semula laporan projek terowong dasar laut dan lebuh-lebuh raya, tetapi PAC masih melenggahkan hasil laporan. PAC telah memperlekehkan Speaker dan Dewan Undangan Negeri!

Beliau menegaskan bahawa Pengerusi PAC ialah ADUN DAP Bagan Dalam Tanasekharan. Adakah beliau boleh mengabaikan arahan daripada Speaker PKR hanya kerana Ketua Menteri Pulau Pinang datang dari DAP?

“DAP telah melampaui kuasa kerajaan dan DUN? DAP kini telah menjadi satu-satunya parti dominasi di Pulau Pinang?”

Tan Teik Cheng berkata, yang lebih penting ialah laporan yang dikemukakan oleh PAC pada musim lepas tidak lengkap. Selepas enam bulan, tiada juga laporan baru yang akan dibentangkan. ADUN dari kedua-dua pihak pemerintah dan pembangkang tidak dapat mengetahui perkembangan terkini. Adakah sesuatu yang tersembunyi di belakang?

Beliau berkata terdapat banyak soalan tentang projek ini, termasuk pelan ini mungkin tidak layak untuk mendapatkan pembiayaan kerajaan persekutuan, mengapa tidak boleh memaparkan laporan itu kepada orang awam? Mengapa menilai semula kos? Yang paling penting, bagaimana ia menyebabkan kesan yang mendalam kepada rakyat?

“Rakyat Pulau Pinang perlu tahu maklumat lanjut. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah komited untuk melaksanakan polisi kebebasan maklumat. Oleh itu, bolehkah isu-isu, maklumat dan laporan kepentingan awam ini hanya ditutupkan sebegitu sahaja?”

Beliau berkata, DAP bukan sahaja menghina Dewan Undangan Negeri, tetapi juga memandang rendah kepada rakyat Pulau Pinang. Rakyat Pulau Pinang mesti bertindak segera untuk melemahkan kuasa DAP. Jangan biarkan DAP memerintah Pulau Pinang sekali lagi dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Tan Teik Cheng
Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang

One thought on “Mana Laporan PAC Projek Terowong Dasar Laut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s