PRK : Hak DAP Sokong PAN, Tetapi PAS Tetap Bertanding – Nik Abduh

AIDCNews – 25/5/16 – Hak DAP untuk menyokong calon Parti Amanah Negara (PAN), tetapi PAS tetap meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kata Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Mat.

Nik Abduh berkata DAP berhak menyokong calon PAN kerana kedua-dua parti itu berada dalam Pakatan Harapan (PH), namun PAS juga berhak membuat keputusan sendiri kerana bukan sekutu gabungan itu dan tidak terikat dengan keputusan PH.

“Dia (DAP) berhak (sokong calon PAN) sebab mereka dalam Pakatan Harapan,”kata Nik Abduh.

Ketika ditanya reaksi PAS terhadap sokongan DAP terhadap PAN itu, beliau berkata PAS sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan sama ada satu lawan satu atau tiga penjuru.

“PAS sendiri sudah bersedia. Sama ada dua penjuru atau tiga penjuru, kita sudah putuskan dan lusa (Jumaat) akan akan umumkan nama calon,”katanya.

Ditanya lanjut apakah calon PAS itu merupakan calon tempatan atau nasional, Nik Abduh berkata tunggu pengumuman rasmi calon pada Jumaat ini.

Semalam, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata PAS akan mengumumkan nama calon bagi Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak, pada Jumaat.

“Kedua-dua kerusi berkenaan adalah kerusi tradisi PAS dan keputusan PAS untuk bertanding di situ tidak sepatutnya dipertikaikan, kita akan umum calon 27 Mei ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen pada Selasa.

Diminta mengulas mengenai laporan yang mengatakan PAS menjadi punca mesyuarat Pakatan Harapan bagi membincangkan isu PRK ditangguhkan, Idris berkata pihaknya tiada kena mengena mengenai apa yang berlaku di dalam pakatan berkenaan.

“Mereka yang tidak dapat kata sepakat kenapa kami yang dipersalahkan? Menurut saya itu merupakan satu tanggapan yang tidak betul,” katanya yang juga Anggota Parlimen Bukit Gantang.

DAP Selangor Beri Sokongan Terbuka PAN Bertanding Di PRK Sungai Besar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s