Setiausaha Politik Azmin Sahkan Insiden Ugut Tiga Exco PAS Berlaku ?

azmin-kartelAIDCNews – 25/5/16 –Insiden Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengugut tiga Exco PAS supaya meletak jawatan dalam Kerajaan Negeri Selangor jika PAS berkeras mahu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar seolah-olah telah disahkan sendiri oleh Setiausaha Politik Azmin, Mat Shuhaimi Shafiei.

Mat Shuhaimi berkata tidak berbaloi untuk PAS hilang kedudukan strategik dalam Kerajaan Negeri Selangor semata-mata untuk mempertahankan satu kerusi Parlimen sedangkan perkara itu boleh dikompromi.

“Terbaik bagi PAS adalah dengan menerima penyelesaian jalan tengah daripada bertanding di Sungai Besar dan kalah,” kata Mat Shuhaimi dilaporkan Mstar semalam.

Beliau berkata PKR bersedia berbincang untuk PKR bertanding pada PRK ini sahaja dan kerusi parlimen Sungai Besar akan dikembalikan semula kepada PAS pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

“Kami mahu memenangi kerusi itu dan PAS perlu memahami dan bekerjasama dengan sebahagian daripada kami yang lain,” katanya.

Sebelum itu, portal itu melaporkan satu kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah badan pemikir untuk Pakatan Harapan mendedahkan bahawa PAS akan kehilangan kira-kira 3,000 undi jika pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS di kerusi Parlimen Sungai Besar.

Namun, PKR akan menang sekurang-kurangnya majoriti 1,000 undi, jika PAS menarik diri dan bersetuju jika PKR bertanding satu lawan satu dengan BN, tetapi BN akan menang dengan majoriti 5,000 undi jika berlakunya pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan Parti Amanah Negara (PAN).

Walau bagaimanapun kaji selidik yang memihak kepada PKR itu tidak dinyata sumber dan proses secara terperinci.

iskandar
iskandar1

PAS Bersedia Tiga Exco Selangor Dipecat Tetapi Mesti Perkenan Sultan -Abdul Hadi

Azmin Memang Ugut Pecat Exco PAS – Ulama

3 thoughts on “Setiausaha Politik Azmin Sahkan Insiden Ugut Tiga Exco PAS Berlaku ?

  1. Masih tertanya tanya apakah link Wan Azizah dgn rakan dlm PH sudah hampir putus dek kerana kepercayaan DAP terhadap Azmin semakin baik?
    Tiada langsung kelibat Wan Azizah dgn pemimpin DAP sejak akhir2 ini yg lebih banyak bersama Tun M. Azmin pula sudah mula berubah watak lebih berkeras berhadapan PAS. Kredit utk Tun Mahathir kerana memecah belah pembangkang.
    Mungkin plan terkini PKR singkir Azmin kemudian tubuh parti gabungan PAS Ikatan PKR. Jika Azmin masih ada bolehlah kita bayangkan pertembungan BN vs PAS vs PKR di PRK. Makan hati si Anwar you.

    Hanya Allah swt yg maha mengetahui segala yg berlaku.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s